Pages

Julai 20, 2019

Pesanan Rasulullah Buat Si Gila Kuasa

Pesanan Rasulullah Buat Si Gila Kuasa

1. Rasulullah berpesan dalam sebuah hadith bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu mereka yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari)

2. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa orang yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan. Perkara ini dijelaskan ketika Baginda ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah menjawab:

إنا لا تُولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gila kan jawatan kepimpinan.”

3.  Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa gilakan kuasa akan merosakkan peribadi seseorang. Gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan bersifat hasad bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير

“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan melampau, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

Semoga Allah sentiasa membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!