Perintahkanlah Ahli Keluargamu Mengerjakan Solat.
(1) Firman Allah SWT ;
وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ
"Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang." [20:132]
(2) Oleh kerana tugas dan tanggungjawab ini cukup berat, maka Allah SWT menambah firmanNya itu dengan mengatakan ;
وَٱصۡطَبِرۡ عَلَیۡهَاۖ
"dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya." [20:132].
(3) Imam Ibnu Kathir menafsirkan ayat daripada Surah Ta-Ha ayat ke 132 ini dengan mengatakan, "Maksudnya selamatkanlah mereka (ahli keluarga) dari azab Allah dengan mengerjakan solat dan bersabarlah engkau mengerjakannya."
(4) Lalu Imam Ibnu Kathir mendatang pula firman Allah SWT daripada Surah At Tahrim sebagai penjelasan bagi penafsiran ayat di atas ;
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ قُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِیكُمۡ نَارࣰا
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka." [66:6]
(5) Dalam konteks kekeluargaan, sedarkah kita bahawa solat adalah umpama tiang tiang penguat serta pengukuh hubungan di dalam institusi kekeluargaan?
(6) Sedarkah kita bahawa solat adalah sumber makanan rohani bagi setiap ahli keluarga yang menjadi pengikat kasih sayang antara ahli keluarga?
(7) Sedarkah kita bahawa rahmat Allah SWT menaungi setiap ahli keluarga yang mengerjakan solat?
(8) Sedarkah kita bahawa ketenangan telah memenuhi jiwa jiwa ahli keluarga yang mendirikan solat?
(9) Namun malang sekali hari ini kita telah menyaksikan bahawa ramainya manusia yang meninggalkan solat. Amat menyedihkan pula apabila Ibu bapa tidak menghiraukan didikan solat kepada anak anak.
(10) Maka apakah kita hairan berlakunya pecah belah, porak peranda, cerai berai dan putus memutus silaturrahim di dalam institusi kekeluargaan?
Moga Allah SWT pelihara kita semua agar menjadi hamba hambaNya yang ikhlas mengabdikan diri dalam melaksanakan solat. Wallahu'alam

0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!