Janganlah Engkau Sombong.
Sehebat mana pun engkau hidup di dunia ini, janganlah engkau sombong dengan segala nikmat yang engkau perolehi.
Ini kerana sifat sombong adalah merupakan sifat yang tercela yang perlu dijauhi oleh setiap manusia.
Di dalam kitab suci Al Quran, Allah SWT telah mencabar manusia yang sombong lagi angkuh agar melolos melarikan diri daripada kekuasaanNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar." [55:33]
Apakah manusia berdaya menembus keluar? Sudah pastilah tidak! Bahkan Allah SWT menambah lagi firmanNya pada ayat tersebut yang bermaksud ;
"Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!" [55:33].
Jelas bahawa manusia tidak akan sekali kali mampu untuk melepaskan diri daripada kekuasaan Allah SWT. Daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara di dalam kehidupan, tiada satu pun yang akan terlepas daripada kekuasaanNya.
Lalu mengapa mahu sombong?.
...
Namun perlu juga engkau fahami bahawa apabila Allah SWT mendatangkan cabaran seumpama ini kepada manusia, ia adalah bertujuan untuk mendidik manusia agar menyedari hakikat kelemahan diri masing masing sebagai makhluk yang bergantung penuh kepadaNya. Wallahu'alam.

jauhilah sifat mazmumah seperti sombong. Terima kasih atas perkongsian
BalasPadam