Julai 16, 2019

Istighfarlah

Istighfarlah untuk dirimu dan untuk kedua orang tuamu sama ada mereka masih hidup mahupun telah meninggal dunia.

Jika mereka (ibu bapa) masih hidup, istighfarmu akan menjadikan mereka diampunkan dosa dosanya oleh Allah.

Adapun jika mereka telah meninggal dunia, istighfarmu akan menaikkan darjat mereka sekiranya di neraka, Allah masukkan mereka ke dalam syurga. Dan sekiranya mereka di dalam syurga, maka Allah naikkan mereka ke tingkatan syurga yang lebih tinggi.

Ini kita dapat fahami melalui hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud ;

"Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [HR Ahmad]. Wallahu'alam.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!