SINOPSIS DRAMA BIAR JADI KAKTUS TV2
Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.
Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
Drama adaptasi novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam.
Lakonan Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah dan ramai lagi.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”