Julai 25, 2019

Bagaimana beroleh ketenangan

Bagaimana beroleh ketenangan

Ketahuilah sesungguhnya ketenangan itu adalah milik Allah secara mutlak. Hanya Dia sahaja yang akan memberikan ketenangan kepada hamba hambaNya.

Oleh kerana itu, untuk mendapat ketenangan jiwa yang benar, maka hendaklah manusia sentiasa mengingati Allah. Firman Allah SWT,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
[Surat Ar-Ra'd 28]
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Namun, perlu kita fahami bahawa mengingati Allah itu tidak hanya semata mata dibibir menyebut nyebut nama Allah mahupun solat, ia perlu disertai oleh setiap anggota badan dan pemikiran dijaga daripada melakukan dosa.

Tidak wujud ketenangan jiwa bagi mereka yang melafazkan zikir dibibir mahupun solat tetapi mata masih gemar melihat maksiat.

Tidak wujud ketenangan jiwa bagi mereka yang memuji muji Allah sedangkan dia masih lagi tidak menghiraukan tentang halal haramnya makanan yang dimakan.

Tidak wujud ketenangan dalam diri bagi golongan yang gemar ke majlis ilmu tetapi masih tidak mahu meninggalkan caci maki mahupun mengumpat.

Dan banyak lagi dosa dosa yang perlu dijauhi sekiranya kita   benar benar mahu mengingati Allah dan benar benar inginkan ketenangan jiwa.

Oleh itu, persiapkanlah amal sebanyak banyaknya dengan seikhlas ikhlasnya. Tinggalkan maksiat dan tinggalkan juga keseronokan dunia yang berlebihan.

Perbanyakkan taubat. Istighfarlah sebanyak banyaknya setiap hari. Kerana kita tahu kita sememangnya tidak lari daripada melakukan dosa.

Hiduplah dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah dengan bersungguh sungguh.

Maka apabila kita telah berusaha melakukan perkara perkara di atas, InsyaAllah, jiwa kita akan tenang tenteram. Wallahu'alam

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!