Kawan Yang Baik Membawa Ke Syurga
1. Dengarkan nasihat dari Ustaz Abdul Somad ini. Sahabat yang baik sepatutnya membawa kita ke syurga. Melihat wajah sahabat yang soleh, seharusnya mengingatkan kita tentang kebaikan. Jangan pula ketika melihat muka kawan kita, dia mengingatkan kita untuk melakukan dosa.
Link video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=913953235608470&id=630358917301238
2. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.
Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.
3. al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan sebahagian ayat daripada surah al-Kahfi memetik kata-kata dari Abu al-Fadl al-Jauhari berhubung kewujudan anjing di kalangan pemuda Kahfi yang sebutkan Allah di dalam al-Quran.
4. Menurut Abu al-Fadl, keberadaan anjing tersebut bersama pemuda Kahfi menjadikan anjing tersebut merasa tempias keberkatan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh sehingga Allah menyebutkan tentang anjing tersebut di dalam al-Quran.
5. Bayangkan bagaimana anjing yang mendampingi dengan manusia yang baik pun telah menerima kesan baik mereka, maka apatah lagi manusia? Sudah pasti berkawan dengan sahabat yang soleh dan muslih akan membantu kita ke syurga. Berdampinglah dengan sahabat yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.
Semoga Allah kurniakan kita sahabat yang soleh.
in shaa Allah.
BalasPadamkita juga usaha utk menjadi sahabat yg soleh.
maka, dikurniakan la jugak kpd kita sahabat yg soleh :)