April 14, 2025

Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.

Anak itu bukan diciptakan untuk menanggung beban amarah kita.

Mereka datang ke dunia membawa hati yang bersih, belum kenal benci, belum kenal takut, belum kenal apa itu “aku tak cukup baik”.

Tapi bagaimana mereka akhirnya melihat diri sendiri, banyak bergantung kepada bagaimana kita sebagai ibu ayah melihat dan melayan mereka.

Kadang kita marah kerana penat.

Kadang kita menjerit kerana tak tahu cara lain.

Kadang kita kasar kerana itulah cara kita dulu dibesarkan.

Tapi hakikatnya, tiada satu pun anak yang akan membesar dengan tenang jika setiap hari disiram dengan suara tinggi, wajah bengis, teguran sinis dan ugutan yang menyakitkan.

Kita mahu anak yang jujur, tapi kita marah bila mereka bercakap benar.

Kita mahu anak yang berani, tapi kita herdik bila mereka bertanya.

Kita mahu anak yang baik, tapi kita lupa kebaikan itu tidak boleh dipaksa, ia perlu dicontohkan.

Anak yang sentiasa ditekan, dibentak, dan dihukum, dia belajar untuk diam, bukan kerana faham… tapi kerana takut.

Dia belajar untuk menipu, bukan kerana nakal… tapi kerana nak selamat.

Dia belajar untuk berpura-pura baik, bukan kerana jujur… tapi kerana takut kehilangan kasih.

Dan tanpa kita sedar, kita telah membentuk satu generasi yang penuh luka dalam diam.

Yang senyum di depan, menangis di dalam.

Yang nampak patuh, tapi memberontak dalam hati.

Yang akhirnya membesar menjadi penakut, pendendam, penipu, bahkan mungkin munafik.

Bukan kerana mereka mahu jadi begitu. 

Tapi kerana mereka tidak pernah merasa cukup selamat untuk menjadi diri sendiri.


Wahai ibu dan ayah,
Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.

Mereka hanya perlukan ibu bapa yang boleh menerima mereka dengan sabar, membimbing mereka dengan kasih, dan memeluk mereka ketika mereka paling lemah.

Kerana pada akhirnya, anak-anak ini akan meniru bukan apa yang kita katakan

Tapi bagaimana mereka rasa ketika bersama kita.
——————

Kredit: Muhammad Kamil Han



0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Sahabat

Arkib Blog

Tags