Empat amalan perlu dilakukan oleh seorang mukmin untuk dijauhi kemalangan dan musibah (dengan izin Allah) iaitu:
Membaca doa keluar rumah - Setiap keluar rumah hendaklah selalu membaca doa. Nabi SAW mengajarkan kita supaya membaca doa ini: Bismillahi tawakaltu alallahi laa haula walaa quwwata illa billah. (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah - HR Abu Daud, Tirmidzi, dan Nasai).
Membaca doa naik kenderaan - Nabi SAW mengajar kepada kita apabila hendak mulakan perjalanan perlulah membaca doa naik kenderaan: Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila rabbina lamunqalibun... (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! - Surah az-Zukruf ayat 13-14).
Membaca doa dijauhi musibah - Dari Abu Darda' ra dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya: "Barangsiapa diwaktu pagi dan petang membaca; 'Hasbiallahu lailahaillahu alaihitawakkaltu wahuwarabbul 'arsilazim' (Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal. dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung' - Surah at-Taubah ayat 129), tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat" (HR Ibnu Sunni dan Ibnu Asakil secara marfu'). Termasuk terhindar daripada musibah dan kemalangan atau dijauhi daripada gangguan sihir dan hasad dengki.
Membaca doa untuk bermusafir - Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga. Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga.
Aamiin Ya Rabbal Aalamin.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!