Bumi dipercayai mula dikelilingi bulan sekitar 4.5 bilion tahun yang lalu. Saintis percaya sebuah objek sebesar planet Marikh melanggar bumi dan serpihan daripada pelanggaran ini membentuk sebuah bulan. Tetapi sejak seminggu lalu Bumi telah dikelilingi dua bulan.
Bulan kedua bumi ialah 2024 PT5 yang terperangkap dalam graviti bumi sejak 29 September lalu. Ia adalah sebuah asteroid yang dalam perjalanan mengorbit Matahari dan akan hanya menjadi bulan untuk Bumi sehingga 25 November 2024. Ahli astronomi Carlos de la Fuente Marcos dan Raúl de la Fuente Marcos dari Ciudad Universitaria Madrid adalah dua saintis yang menemukan bulan yang hanya selebar 11 meter.
Selepas 25 November, 2024 PT5 akan meneruskan perjalanan untuk mengorbit matahari dan akan hanya kembali semula melawat bumi pada tahun 2055. Ini bukan kali pertama bumi menerima bulan sementara.
Kali pertama ia dikesan ialah pada September 2006 apabila 2006 RH120 dengan ia mengorbit bumi selama 281 hari. Kemudian pada tahun 2016, 2020 CD3 pula menjadi bulan sementara selama 752 hari. Kedua-dua bulan sementara ini hanya selebar 1.8-2.7 meter.
Saintis percaya fenomena ini. berlaku agak kerap cuma selama ini instrumen cerapan tidak cukup sensitif untuk mengesan kehadirannya. Teleskop dengan sensor 30″ CMOS atau CCD diperlukan kerana saiz bulan sementara yang kecil menyebabkan ia sukar dikesan oleh mata kasar.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!