SINOPSIS PERATURAN

SINOPSIS PERATURAN

Seorang pembunuh bersiri memilih mangsa berdasarkan kesalahan trafik. Seorang anggota polis cuba untuk menghalang dan membongkar motif di sebalik segalanya.

Telefilem 'Peraturan' akan disiarkan pada Sabtu, 5 October 2019 jam 9 malam di Astro Citra.

Lakonan Shukri Yahya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd ...

SINOPSIS SEADANYA AKU

SINOPSIS SEADANYA AKU

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Drama Seadanya Aku TV3 Berdua - Ippo Hafiz (OST 'Seadanya Aku') 


Drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3.

Bakal ditayangkan pada awal tahun 2020.

Lakonan Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

MiT

Andai Nanti – MU’IZZ

Andai Nanti – MU’IZZ

Hanya kau satu dalam hati
Engkau saja tahu

Apa yang ada dalam hatiku
Aku hargai…persahabatanmu

Penuh dengan harapan
Tiba waktu…

Untuk kita tuk membawa haluan
Andai nanti ada kerinduan
Jangan kita biar berlalu
Kerana kau dan aku

Ada cinta memori bahagia
Andai nanti kita tak bersatu
Biar mimpi menyatukan kita

Bersama….akhirnya…
Betapa manis segalanya
Engkau saja tahu
Apa yang aku harap padamu

Engkau tak pernah…buat ku bersedih
Sentiasa di sisi
Tiba waktu…

Untuk kita tuk membawa haluan
Andai nanti ada kerinduan

Jangan kita biar berlalu
Kerana kau dan aku
Ada cinta memori bahagia
Andai nanti kita tak bersatu

Biar mimpi menyatukan kita
Bersama….
Bersama…

Andai nanti ada kerinduan
Jangan kita biar berlalu
Kerana kau dan aku
Ada cinta memori bahagia

Andai nanti kita tak bersatu
Biar mimpi menyatukan kita
Bersama…akhirnya

Wadah Terkini