SENARAI LAGU KE AJL34

Senarai lagu ke AJL34
  1. Drama - Drama Band
  2. Sumpah - Naim Daniel
  3. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
  4. Ku Bersuara - Ernie Zakri
  5. Anta Pemana - Bob Yusof
  6. Bangun - Aman Ra
  7. Ragama - Fairus Misran
  8. Rampas - Akim & Majestret
  9. Dinda - Kugiran Masdor
  10. Peneman - Hazama The Panglipurlara
  11. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
  12. Sumpah - Aina Abdul

SINOPSIS PUSAKA SANGKAR ANA


SINOPSIS PUSAKA SANGKAR ANA

Setelah mendapat diagnosis bahawa umurnya takkan panjang, Shafie bercuti bersama dua rakan lamanya, dengan hasrat untuk menyatukan mereka semula tetapi pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.

Disiarkan pada 30 November 2019, 9:00 malam, di Astro Citra dan Citra HD ...

Lakonan Zarul Hussein, Bagio Damasutra, Nico ...

SINOPSIS BISU

Bisu tv3

SINOPSIS BISU 

Nazim menyesal tak sempat berjasa dan menunaikan umrah untuk ibunya. Dia mencari calon ibu yang sesuai untuk disedekahkan pakej umrah. Doanya dimakbul bila terjumpa dengan Mak Nong.

Disiarkan pada Sabtu, 30 November 2019, 9:30 malam di TV3.

Lakonan Khatijah Tan, Syazuwan Hassan, Kamarool Hj Yusof, Elisya Sandha, Dewa Sapri ...

WORD 211

WORD 211


Bila ingin mendapatkan sesuatu,

Berlajarlah dengan memberi sesuatu...

SINOPSIS DIA YANG KU CINTA

Dia Yang Ku Cinta

SINOPSIS DIA YANG KU CINTA

Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna apabila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna yang menyimpan dendam terhadap kedua-dua anak arwah hingga mereka meningkat dewasa.
Anak Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Disiarkan mulai 26 November 2019, 10:00 malam, setiap hari isnin hingga khamis di TV3 ...

Lakonan Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Khalida Balqis, Effa Narisha, Dai Izzhar Nazri, Izzy Reef, Fateha, Qistina Raisah, Nadzrul, Izzya Reen ...

Punca Sakit Kepala, Kerap Main Handphone Boleh Buat Tengkorak Tumbuh 'Tanduk'

Punca Sakit Kepala, Kerap Main Handphone Boleh Buat Tengkorak Tumbuh 'Tanduk'
Tanduk ini dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah jika kerap bermain phone
Satu tulang tajam seakan-akan tanduk didapati tumbuh pada belakang tengkorak mereka yang asyik melihat telefon pintar, kata pasukan penyelidik Australia.
Bahagian bawah tengkorak yang dinamakan occipital protuberance itu dilaporkan mengalami pembesaran dan semakin bertambah, khususnya pada mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.
tengkorak tumbuh tanduk jika terlalu kerap lihat telefon bimbit – kajian
Penyelidik dari Universiti Sunshine itu telah menjalankan imbasan keatas lebih 1000 tengkorak dan melihat banyak masalah bonjolan pada tengkorak pesakit.
“Saya menjadi doktor lebih daripada 20 tahun dan hanya pada dekad sebelum ini saya melihat semakin banyak masalah bonjolan berlaku pada tengkorak pesakit,” kata ketua penyelidik berkenaan, Dr. David Shahar.
tengkorak tumbuh tanduk jika terlalu kerap lihat telefon bimbit – kajian
Menurutnya lagi, masa yang dihabiskan dengan peranti gadget mungkin menjadi tekanan pada bahagian tubuh yang jarang digunakan, menyebabkan ia berubah sedikit demi sedikit.
Otot pada bahagian leher yang bersambung pada kepala kerap digunakan seseorang ketika sedang tunduk menghadap telefon bimbit, menyebabkan ia menjadi semakin besar dan kuat. Akibatnya, tengkorak yang mempunyai berat purata 5 kilogram, akan menghasilkan lapisan tulang baru bagi mengukuhkan bahagian yang menyokong otot pada leher ini.
Adakah anda merasakan tulang ini pada bahagian tengkorak anda?
Sumber: 7News
Kredit : Era.je

VIDEO 001

Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah, Jadi Imam Solat Jemaah

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pentas seni bela diri campuran. Rata-rata mengenali beliau sebagai lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion (UFC) ini.
Malah, namanya makin meledak tatkala beliau berjaya mengunci pergerakkan seteru di gelanggang, Conor McGregor pada tahun lepas.
Tular di media sosial hari ini tentang hantaran yang dimuatnaik oleh Dr. Waleed Hakeem, seorang personaliti yang terkenal dengan jolokan ‘The Traveling Imam yang telah merentas ratusan negara untuk menyampaikan ilmu dan dakwahnya.
Dalam hantaran tersebut jelas kelihatan gambar Khabib memakai suit lengkap berwarna biru berdiri sebagai Imam menunaikan solat. Dr Waleed berkata,
Masha’Allah, sesungguhnya kejayaan beliau bukan hanya memperolehi rekod 28-0 di arena pertarungan (yang sangat menakjubkan), Khabib juga menunjukkan kepada kita bahawa kejayaan sebenar adalah ketika kamu berdiri serta berserah kepada Tuhanmu.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, aitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu’minuun 23:1)
Malah, tak kira betapa kuatnya atau betapa hebat, pintar dan mashsyurnya diri seseorang itu, kita ini semuanya hanyalah insan yang lemah lagi alpa.
Bila-bila masa sahaja segala nikmat dan kejayaan kita ini dilupakan oleh manusia, Tapi ingatlah bahawa segala kejayaan yang direkod dalam catatan para malaikat adala lebih penting.
Saya mendoakan supaya supaya kita semua diberikan buku catatan kebaikan dengan tangan kanan pada hari terakhir untuk memenangi trofi muktamad nanti, Insya’Allah!
Kredit : SiakapKeli

SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG

Rindu Yang Terlarang

SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

Disiarkan mulai 26 November 2019, 7:00 malam, setiap hari isnin hingga jumaat di Astro Ria ...

Lakonan Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Hanis Nabilah, Rahhim Omar,Asha Merican, Aidit Noh, Anuar Hamizan, Sam Shuhaidi, Asyraf Aley, Numan Salleh, Fendi Seman ...

WORD 210

WORD 210

Image result for kenangan

Kenangan jangan dibuang,

Yang pahit jadikan pengajaran,

Yang manis jadikan ingatan...

Derita Pia

Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba- tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi dan meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.
Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri. Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia. Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula. Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa sia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

Lakonan Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly ...



Wadah Terkini