November 28, 2019

Tangkas Dalam Gelanggang Tapi Khabib Tak Lupa Perintah Allah, Jadi Imam Solat Jemaah

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam pentas seni bela diri campuran. Rata-rata mengenali beliau sebagai lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion (UFC) ini.
Malah, namanya makin meledak tatkala beliau berjaya mengunci pergerakkan seteru di gelanggang, Conor McGregor pada tahun lepas.
Tular di media sosial hari ini tentang hantaran yang dimuatnaik oleh Dr. Waleed Hakeem, seorang personaliti yang terkenal dengan jolokan ‘The Traveling Imam yang telah merentas ratusan negara untuk menyampaikan ilmu dan dakwahnya.
Dalam hantaran tersebut jelas kelihatan gambar Khabib memakai suit lengkap berwarna biru berdiri sebagai Imam menunaikan solat. Dr Waleed berkata,
Masha’Allah, sesungguhnya kejayaan beliau bukan hanya memperolehi rekod 28-0 di arena pertarungan (yang sangat menakjubkan), Khabib juga menunjukkan kepada kita bahawa kejayaan sebenar adalah ketika kamu berdiri serta berserah kepada Tuhanmu.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, aitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu’minuun 23:1)
Malah, tak kira betapa kuatnya atau betapa hebat, pintar dan mashsyurnya diri seseorang itu, kita ini semuanya hanyalah insan yang lemah lagi alpa.
Bila-bila masa sahaja segala nikmat dan kejayaan kita ini dilupakan oleh manusia, Tapi ingatlah bahawa segala kejayaan yang direkod dalam catatan para malaikat adala lebih penting.
Saya mendoakan supaya supaya kita semua diberikan buku catatan kebaikan dengan tangan kanan pada hari terakhir untuk memenangi trofi muktamad nanti, Insya’Allah!
Kredit : SiakapKeli

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!