Pages

November 10, 2019

PLUS Henti Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go

PLUS Henti Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go



SEPERTI yang dimaklumkan, PLUS Malaysia Berhad (Plus) telah menghentikan perkhidmatan tambah nilaiTouch ‘n Go di semua lorong keluar Plaza Tol lebuh raya yang berada di bawah seliaannya minggu lalu.
Pendekatan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh urusan tambah nilai di semua Plaza Tol Wilayah Utara dan Selatan.
Pendekatan tersebut malah disertakan dengan statistik yang membawa nilaian kesesakan adalah berpunca daripada pengguna lebuh raya yang tidak mempunyai baki mencukupi untuk melaksanakan transaksi di lorong keluar.
Hal tersebut dikatakan telah menyebabkan perjalanan pelanggan lain terganggu kerana setiap transaksi tambah nilai akibat baki rendah boleh mengambil masa sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan.
Selain itu, PLUS juga menyertakan sebab lain, antaranya untuk meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan membabitkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku.
Tidak cukup dengan itu, PLUS malah sebelum ini telahpun memperkenalkan inisiatif ‘Tiada Tambah Nilai’ di semua lorong tol di Plaza Tol Wilayah Tengah antara laluan Sereban hingga Ipoh Selatan.
Usaha itu, menurut PLUS telah berjaya mengurangkan 60 peratus kesesakan trafik dan jumlah kendeaan beratus untuk menambah nilai di semua lorong keluar Plaza Tol Wilayah Tengah.
Dengan sistem baharu yang diperkenalkan ini, PLUS menasihati pengguna lebuh raya merancang perjalanan serta memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempuyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.
Pelaksanaan sistem baru yang diperkenalkan PLUS mendapat pelbagai reaksi orang ramai, namun kebanyakannya boleh dikatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut yang dikhuatiri lebih menyusahkan pengguna.
Rata-rata pengguna agak berat dengan sistem baru yang diperkenalkan ini kerana sekiranya pengguna terlupa untuk menambah nilai, mereka harus keluar daripada kenderaan dan berjalan ke kaunter perkhidmatan yang berada di luar kawasan jalan raya.
Pengguna 1 : “Pagi tadi tengok ada orang kena parking kereta di lorong tol Kajang nak ‘top up‘. Kemudian mereka kena berjalan dalam 100 meter lintas lorong tol dan lorong motosikal (laju) ke bangunan tol.
“Apa PLUS tidak utamakan keselamatan jalana raya ke? Memalukan pihak pengurusan tertinggi, PLUS berkompromi dan menggadaikan keselamatan pengguna demi nak pastikan TnG dihentikan jualan kat tol plaza dengan alasan tak masuk akal macam lori langgar tol plaza,” katanya.
Pengguna 2 : “Apa salahnya buka satu kaunter utk tambah nilai kat Tol? Kadang-kala nak tambah nilai kat Stesen minyak selalu offline dan kena cari stesen minyak yg lain.
“Mesin tambah nilai di RnR (Rehat dan Rawat) selalu rosak kerana jarang diselenggarakan. Saya pernah tolong satu pakcik ‘try‘ tambah nilai di RnR Guthrie kerana matanya kabur dan rumit untuk beliau tekan dan ‘follow‘ arahan.
“Dan kadang kala duit kertas tak diterima, kalau nak orang guna tol tolonglah banyakkan kemudahan untuk ‘top up‘,” ujarnya.
Pelbagai cadangan yang dilontarkan oleh penggunanya, antaranya ialah penyediaan kiosk pandu lalu sebelum melepasi plaza tol, pembayaran yang menyokong paywave Visa/Mastercard dan lain-lain lagi.
PLUS sebelum ini telah membuka peluang untuk pengguna membuat pembayaran terbuka melalui kad kredit atau kad debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), namun amaun tersebut hanya terpakai melalui sistem e-wallet dan penggunaan e-wallet boleh dikatakan belum menyeluruh.
Bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan lain iaitu dengan mengisi e-wallet Touch n Go, akan tetapi pelaksanaannya belum menyeluruh kepada semua plaza tol PLUS. – 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!