Kata akhirmu

Kata akhirmu
-
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan
-
Cinta yang kau pinta
Menurut telahanmu
-
Tak mungkin kucoba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun 'ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu
-
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu
-
Di manakah ia
Tempatku di hatimu
-
Tak mungkin kucoba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun 'ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu

Tak mungkin 'ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku kucuba 'tuk menjadi yang terbaik
-
Hanya untuk dirimu, sayang
Takkan pernah 'ku mengalah
Untuk menjadi yang terbaik
-
Tak mungkin kucoba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun 'ku tak pernah merasai sedikit kasih darimu
-
Tak mungkin 'ku sekalipun akan mengalah
Demi cintaku kucuba 'tuk menjadi yang terbaik
-
Hanya untuk dirimu
Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Dan kuterus menanti
Kata akhir darimu

Filem Rock 4: Rockers Never Dai di Pawagam 20 Februari 2020


Filem Rock 4: Rockers Never Dai di Pawagam 20 Februari 2020

Lakonan Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry ...

Sinopsis Rock 4: Rockers Never Dai


Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara.



Filem Zombitopia di Pawagam 13.02.2020


Filem Zombitopia di Pawagam 13.02.2020

Lakonan Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan, Sharifah Amani ...

Sinopsis Zombitopia

Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik. Dia juga sering teringatkan Zooey, gadis yang dikenali di rumah anak yatim sebelum dia dihalau keluar oleh Kak Lily. Sementara itu, Dr. Rahman, seorang saintis yang berjaya mengawal virus itu, mencipta virus zombi baru. Ketika wabak zombi berlaku semula, Zidik bertemu Zooey yang telah bertukar zombi dan menyerangnya tetapi perlahan-lahan dia mula mengingati Zidik. Zidik kemudiannya menjadi tahanan Dr. Rahman apabila mengetahui Zidik kebal dari virus itu.

Sinopsis M4M4


Sinopsis M4M4

Aini berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya yang berusia 15 tahun, Alya, sejak suaminya meninggal dunia ketika Alya berusia lapan tahun. Dia berasa senang hati melihat Alya membesar dengan baik bersama dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, yang tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya. Alya kemudian diserang oleh Apai dan rakan-rakannya yang menarik Alya ke sebuah bangunan kosong dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi dia menyembunyikan emosinya demi membantu Alya. Alya juga cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi apabila Apai mencemuhnya dengan sebuah rakaman insiden itu, dia kembali ke bangunan itu untuk berdepan dengan Apai. Malangnya, dia mati terbunuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada Apai dan rakan-rakannya, dan kini Aini berhasrat untuk membalas dendam atas kematian Alya.

Filem M4M4 akan ditayangakan di pawagam pada 6 Februari 2020

Lakonan Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz ... 

Word 216

Word 216

Bila nafsu mulai kuasai diri untuk berbuat dosa,

maka sentuhlah dada dan sebut:

innii akhoofullah

"Sesungguhnya aku takut kepada Allah"

Aamiin...

Pasangan Bahagia : Elly Mazlein dan Mohamad Azlan

Pasangan Bahagia : Elly Mazlein dan Mohamad Azlan 

Lebih setahun berkenalan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.09 malam pada 18 Januari.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,800.


Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, mengenali suaminya yang juga seorang guru menerusi laman sosial.


Pasangan terbabit seterusnya diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang, di lokasi sama.


Word 215

Word 215

Image result for rindu

Tak salah kalau nak rindukan seseorang

Tak dosa pun kalau nak rindukan seseorang,

letak tangan di dada dan

baca surah Al-Fatihah

dengan niat semoga Allah

sampaikan rasa ini dekat dia.

Inn Shaa Allah.


Temui Alvin Chong, Adeline Tsen dan Roger Shak dalam Sir Alvin (TV3)

Sir Alvin

Temui Alvin Chong, Adeline Tsen dan Roger Shak dalam Sir Alvin (TV3)

Telfilem sempena tahu baru cina bertajuk 'Sir Alvin' lakonan Alvin Chong, Adeline Tsen dan Roger Shak disiarkan pada Sabtu ini (25 Januari) pukul 10 malam di TV3.

SINOPSIS SIR ALVIN

Alvin telah dihantar bertugas di sebuah sekolah pendalaman yang serba kerkurangan. Kerana mengikut jejak arwah datuknya, Alvin tetap kuat semangat demi tanggungjawab sebagai pendidik.

Sweet Qismina, Syafie Naswip dan Adam Lee dalam Drama Aku, Dia dan Pinky Promise...

Aku, Dia dan Pinky Promise

Drama adaptasi novel Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna Lee bakal ditayangkan bermula 25 Januari 2020 di TV Okey. Disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)

Lakonan Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria, Azhar Amir ...


SINOPSIS AKU, DIA DAN PINKY PROMISE

Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.

Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

Wadah Terkini