Pages

Januari 23, 2020

Filem Zombitopia di Pawagam 13.02.2020


Filem Zombitopia di Pawagam 13.02.2020

Lakonan Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan, Sharifah Amani ...

Sinopsis Zombitopia

Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik. Dia juga sering teringatkan Zooey, gadis yang dikenali di rumah anak yatim sebelum dia dihalau keluar oleh Kak Lily. Sementara itu, Dr. Rahman, seorang saintis yang berjaya mengawal virus itu, mencipta virus zombi baru. Ketika wabak zombi berlaku semula, Zidik bertemu Zooey yang telah bertukar zombi dan menyerangnya tetapi perlahan-lahan dia mula mengingati Zidik. Zidik kemudiannya menjadi tahanan Dr. Rahman apabila mengetahui Zidik kebal dari virus itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!