Pages

Januari 12, 2020

Kamal Adli dan Hannah Delisha dalam Drama Bukan Kahwin Paksa

Bukan Kahwin Paksa

Drama (13 episod) adaptasi novel 'Bukan Kahwin Paksa' karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3, Februari 2020.

Lakonan Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled ...

SINOPSIS BUKAN KAHWIN PAKSA

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. 

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. 

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!