Drama adaptasi novel Aku, Dia dan Pinky Promise karya Anna Lee bakal ditayangkan bermula 25 Januari 2020 di TV Okey. Disiarkan setiap hari pukul 10 malam di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)
Lakonan Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria, Azhar Amir ...
SINOPSIS AKU, DIA DAN PINKY PROMISE
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.
Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.
Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.
Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.
Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.