Pages

Januari 08, 2020

Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Drama adaptasi novel 'Tolong Sempurnakan Cerita Mami' karya Syamnuriezmil di Astro Ria slot MegaDrama. 

Akan menemui penonton bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. 

Lakonan Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar ...


SINOPSIS TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad.  Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal. 

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!