Drama Jujurlah Nikahi Aku (Astro Ria)

Jujurlah Nikahi Aku

Drama adaptasi novel 'Jujurlah Nikahi Aku' karya Umie Nadzimah di slot DramaVaganza, Astro Ria disiarkan bermula 27 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul  7 malam 

Lakonan Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar ...

SINOPSIS JUJURLAH NIKAHI AKU
Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu. 

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. 

Muncul pula si Qayyum pemuda yang tidak dikenali yang ingin menikahinya dengan rela hati. 

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

3 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”