Semakan Saman JPJ & AES

Image result for semak saman

Semakan Saman JPJ & AES


JPJ - Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

AES - Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Klik sini

Image result for semak saman

Apa itu Kilometer Sifar?

Apa itu kilometer sifar?

Seperti namanya sendiri, ia bermaksud titik permulaan jarak bagi sesebuah bandar atau jalan raya. Dengan kata lain, itulah titik pusat bandar utama bagi sesebuah bandar.

Terdapat tiga jenis utama kilometer sifar, iaitu kilometer sifar bandar, kilometer sifar jalan dan kilometer sifar negara. Kilometer sifar bandar ialah titik khas di pusat bandar di mana jarak sesebuah bandar dikira. Dalam pengukuran jarak sesebuah bandar di Malaysia, biasanya pejabat pos dijadikan sebagai titik kilometer sifar bagi sesebuah bandar. Namun demikian, Kota Kinabalu adalah satu-satunya bandar di mana kilometer sifarnya tidak terletak di pejabat pos, sebaliknya Kilometer Sifar Kota Kinabalu terletak di perkarangan bangunan Lembaga Pelancongan Sabah di mana satu monumen khas Kilometer Sifar KK dibina, pertama kali seumpamanya di Malaysia.

Kilometer sifar jalan pula ialah titik di mana sesebuah laluan jalan raya bermula, biasanya di persimpangan pangkal di mana ia bertemu dengan laluan lain. Ia ditandakan dengan batu penanda jarak biasa di mana kilometer seksyen (nombor berwarna hitam yang terletak di bahagian paling bawah batu penanda jarak) menunjukkan angka sifar (jika ada).

Kilometer sifar negara pula ialah titik pangkal utama bagi rangkaian jalan raya di sesebuah negara, biasanya ibu negara. Misanya, Kilometer Sifar bagi Jepun ialah di Jambatan Nihonbashi di Tokyo, manakala Kilometer Sifar bagi Perancis ialah di perkarangan bangunan gereja Notre Dame di Paris.

Satu perkara yang menarik mengenai Malaysia ialah titik Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia tidak terletak di Kuala Lumpur tetapi sebaliknya di Johor Bahru. Mengapa pula Johor Bahru merupakan titik Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia dan bukannya Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara?


_ BLOG JALAN RAYA MALAYSIA



Kilometer Sifar Semenanjung Malaysia yang dikira dari Pejabat Pos Johor Bahru.

Kenapa bukan Kuala Lumpur? Jawapannya mudah sahaja - kesemua laluan tulang belakang utama bagi rangkaian jalan raya Malaysia (Jalan Persekutuan 1, 3 dan 5) dikira dari Johor Bahru, meskipun titik permulaan bagi setiap laluan tersebut mungkin berbeza. Jalan Persekutuan 1 bermula dari tapak asal Kompleks Imigresen Tanjung Puteri yang sudah dirobohkan. Jalan Persekutuan 3 pula bermula dari Persimpangan Johor Bahru di KM1 Jalan Tun Abdul Razak FT1. Jalan Persekutuan 5 pula bermula di persimpangan bertingkat pangkalnya di KM19 Lebuhraya Skudai FT1.

Sementara itu, Kuala Lumpur terletak lebih kurang 380 km dari permulaan Jalan Persekutuan 1 dan 40 km dari permulaan Jalan Persekutuan 2. Oleh kerana Kuala Lumpur terletak jauh dari titik permulaan laluan tulang belakang utama, maka ia tidak sesuai dijadikan Kilometer Sifar Kebangsaan.

Dari segi sejarah pula, semua jalan raya utama di Semenanjung Malaysia bertemu di Johor Bahru sebelum ia dihubungkan ke Singapura melalui Tambak Johor apabila ia dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1924. Dengan itu, Johor Bahru telah menjadi Kilometer Sifar Kebangsaan sejak lebih kurang 88 tahun dahulu.

Namun, apa yang mendukacitakan ialah kurangnya usaha untuk memartabatkan Kilometer Sifar Johor Bahru ini sebagai Kilometer Sifar Kebangsaan. Hanya sekeping papan tanda bersama-sama batu penunjuk jarak Kilometer Sifar Johor Bahru didirikan, menyebabkan rata-rata mesyarakat tidak mengetahui akan kewujudan Kilometer Sifar Kebangsaan ini. Usaha yang perlu dilakukan bagi memartabatkan Kilometer Sifar Kebangsaan ini ialah dengan mendirikan satu monumen peringatan oleh Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Arkib Negara dan Kementerian Pelancongan, serta dengan pengisytiharan oleh Menteri Kerja Raya dan Perdana Menteri sendiri. Kilometer Sifar Kebangsaan di Johor Bahru wajar dimartabatkan sebagai Warisan Kebangsaan, berikutan peranannya sebagai titik pangkal sistem jalan raya negara sejak 88 tahun dahulu.


_ BLOG JALAN RAYA MALAYSIA



12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

Image result for 12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Semakan Kelayakan BSH: Klik Sini

SEGMEN | Jom Tambah Follower

Jom Tambah Follower

Sunyi kan blog tanpa follower

Jom kita sama-sama follow memollow ...ada ke perkataan ini...

Jemput follow sini

Image result for follow

SEGMEN | Jom Tambah Follower

Jom Tambah Follower

Sunyi kan blog tampa follower

Jom kita sama-sama follow memollow ...ada ke perkataan ini...

Image result for follow

Telefilem Ghairah (Astro Citra)

Ghairah

Telefilem 'Ghairah' adaptasi novel karya Zura Anwar pada Sabtu (8 Februari) pukul 9 malam di Astro Citra.

Lakonan Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar ...



SINOPSIS GHAIRAH

Dani gembira mendapat peluang kedua apabila dia tersedar daripada koma namun kegembiraan hanyalah sementara apabila hidupnya dikongkong oleh sang isteri yang 'psiko'.

Fasha Sandha dan Duerra Mitilda Dalam Telefilem 'Coklat Chip Spesial' Sabtu Ini

Coklat Chip Special

Saksikan telefilem 'Coklat Chip Spesial' disiarkan pada Sabtu ini, 8 Februari pukul 10 malam di TV3.

Lakonan Fasha Sandha, Duerra Mitilda, Azam Pitt, Khatijah Tan, Nora Maya ...

SINOPSIS COKLAT CHIP SPECIAL

Apabila mendapat tahu anaknya menghidap disleksia, Farah tidak dapat menerima hakikat. Sebagai orang kampung yang tiada pelajaran tinggi, dia tidak tahu apa itu disleksia.

SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH

Rindu Yang Terindah

SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini. 

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Drama 20 episod adaptasi novel 'Derita Terindah' karya Eshal Nuranis akan datang di slot Samarinda TV3.

Lakonan Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin ...

Wadah Terkini