
SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH
Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.
Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.
“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy
“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” – Airis Warda
Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?
Drama 20 episod adaptasi novel 'Derita Terindah' karya Eshal Nuranis akan datang di slot Samarinda TV3.
Lakonan Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin ...
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”