Pages

Februari 17, 2020

Drama Rahsia Hati

Drama Rahsia Hati TV1

Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. Aku akan tempuhi semuanya dengan reda. Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.

Drama adaptasi novel 'Rahsia Hati' karya Azimah Lily bermula 16 Februari 2020, setiap Khamis hingga Ahad pukul 8 malam di TV1. 

Lakonan Nur Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin, Diyana Zakaria, Asha Zainul, Ady Fakaruddin, Muhammad Daniel


SINOPSIS RAHSIA HATI

Tengku Dania Dahlia merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan menyedari ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sejak itu, Tengku Dania Dahlia mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian itu dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.

Demi menjaga status, Dania ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh. Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!