Pages

Februari 27, 2020

Temui Aeril Zafrel dan Nabila Razali Dalam Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi Di TV3

Seindah 7 Warna Pelangi

Drama 28 episod adaptasi novel 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' karya Eman Sufi disiarkan bermula 24 Februari 2020, setiap Isnin hingga Jumat pukul 7 malam di TV3.

Lakonan Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman ...

SINOPSIS SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula.

Andika dengan bantuan sepupu mereka, merancang percutian di Lata Pelangi, tempat kesukaan Aira supaya menggamit memori lama kembali. Sayangnya, bukan kenangan manis yang muncul di fikiran Airan tetapi kenangan pahit bagaimana kejamnya lelaki itu merampas segala hak miliknya. Aira masih enggan memaafkan kesalahan Andika yang mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana harta warisan mereka. Kata-kata manis yang pernah diucapkan kepadanya dahulu hanyalah untuk mengaburi niat sebenar.

Kini, Andika melamar kembali Aira. Tidak mahu terus berdepan dengan rayuan Andika, Aira memutuskan untuk kembali ke Cibubur, Indonesia. Malangnya, dalam perjalanan ke lapangan terbang, Aira terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia mengalami Amnesia. Bermula saat itu Andika kembali meraih cinta Aira.

Banyak rintangan yang berlaku, namun akhirnya mereka kecapi kebahagian yang terpisah suatu masa dahulu. Andika juga kesal kerana telah banyak menghabiskan masa yang sia-sia kerana mengikut amarah dan berharap dia dan Aira akan melakar semula kebahagiaan rumahtangga mereka umpama indahnya tujuh warna pelangi.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!