Abam Bocey meninggal dunia


PELAWAK popular Abam Bocey, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi hari ini dipercayai akibat demam panas.
Difahamkan, kejadian itu disedari isterinya, Nor Hidayah apabila Allahyarham tidak bangun ketika dia mengejutnya untuk solat Subuh.
Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umat Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.
Dalam kumpulan Bocey, selain Abam ia turut dianggotai Fad dan Acey. _ MyMetro _ Sumber

2 Ulasan

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama