PENURUNAN TOL 18 PERATUS DI SEMUA LEBUHRAYA KENDALIAN PLUS MALAYSIA MULAI 1HB FEBRUARI 2020
- Rangkaian lebuh raya terbesar Negara terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan lebuh raya yang berkualiti
untuk keselesaaan pelanggannya
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia pada 23 Januari 2020 berhubung pelaksanaan penurunan tol sebanyak 18 peratus.
Penurunan bayaran tol tersebut akan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam pada 1 Februari 2020 (Sabtu) di semua lebuh raya kendalian PLUS, iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).
Penurunan Tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. Manakala, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat Konsesi PLUS pada tahun 2058. Dengan pelaksanaan Penurunan Tol ini, pelanggan PLUS yang dianggarkan sebanyak 1.7 juta setiap hari berpeluang untuk menikmati penjimatan.
Sila rujuk kepada jadual-jadual di bawah sebagai contoh bayaran tol yang akan dikenakan selepas Penurunan Tol sebanyak 18% dilaksanakan:-
Selain itu, pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan turut menikmati penurunan tol tersebut sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak yang sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).
Penurunan tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.
Dengan penurunan tol sebanyak 18% ini, PLUS akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa. Ini termasuklah dari aspek operasi dan penyelenggaraan lebuhraya dan pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuhraya kendaliannya.
PLUS juga akan menggiatkan usahanya membantu meringankan kos hidup rakyat dan memainkan peranannya sebagai Rakan Negara dalam menyokong usaha-usaha Kerajaan untuk terus memberi manfaat dan impak yang positif kepada Rakyat.
alhamdulillah..banyak penjimatan kat situ...
BalasPadam