MAKCIK KIAH

Rupa-rupanya ada makna di Sebalik nama *MAKCIK KIAH* ni, bukan saja-saja.
*M* = Manfaatkan bersama keluarga
*A* = Ambil dan guna mengikut keperluan
*K* = Kawal perbelanjaan
*C* = Covid-19, perangi sehingga tamat
*I* = Ikut arahan PKP yang ditetapkan
*K* = Ketua keluarga shj yang keluar, bila perlu
*K* = Kendalikan Kewangan dengan Cermat
*I* =Ingat Allah
*A* = Awas, jangan ke mana2
*H* = Hanya duduk di RUMAH
#santai-santai ja gais, jangan serius sangat. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Makcik Kiah Happy K เน„ AN'

Mak Cik Kiah kini trending di Twitter


Mak Cik Kiah kini trending setelah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi contoh perbelanjaan yang bakal diterima dalam isi rumah, setelah selesai pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Contohnya Mak Cik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini membawa Grab.

"Anak Mak Cik Kiah adalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pendapatan isi rumah Mak Cik Kiah di bawah RM4,000 sebulan," katanya.
Beliau juga memberitahu, keluarga Mak Cik Kiah bakal menerima Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600.
"Baki Bantuan Sara Hidup (BSH) RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang RM800.
"Kalau suami Mak Cik Kiah berkhidmat dengan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dapat RM200 sehingga wabak akhir. Keseluruhan pemberian tunai keluarga Mak Cik Kiah akan dapat sekurang-kurangnya RM4,200." kata beliau.
Ekoran daripada pengumuman itu, nama Mak Cik Kiah trending hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen siapakah Mak Cik Kiah ini?
Ada juga netizen bergurau, 'Amboi trend Mak Cik Kiah kali ni' dan ada juga berkata, 'Untung Mak Cik Kiah'.
Setakat jam 4.30 petang, nama Mak Cik Kiah menerima 21,400, ciapan dan jumlah tersebut terus meningkat setiap masa.
Selain nama Mak Cik Kiah, TSMY merujuk kepada nama Tan Sri Muhyiddin Yasin juga trending.
Bukan itu sahaja tanda pagar #prihatinrakyat juga trending di Twitter.

Gejala dan Tanda-tanda 2019 Novel Coronavirus Coronavirus Novel


Gejala dan Tanda-tanda 2019 Novel Coronavirus Coronavirus Novel

Novel Coronavirus 2019 yang pada mulanya dikesan pada Disember 2019 di Wuhan, Provinsi Hubei, China telah menjadi bual utama pekerja sektor kesihatan dan orang awam di seluruh dunia. Coronavirus baru ini adalah jenis virus yang berlainan dalam keluarga coronavirus yang juga bertanggungjawab terhadap wabak sebelumnya seperti SARS pada tahun 2002 dan MERS-Cov pada tahun 2012. Coronavirus adalah virus yang boleh merebak melalui titisan air dari batuk atau bersin orang yang dijangkiti. 

Oleh itu, simptom dan tanda bagi jangkitan ini juga banyak berkaitan dengan gejala pernafasan. Ini menjadikan diagnosis dan pengesanan Novel Coronavirus 2019 agak mencabar kerana kebanyakan gejala adalah sangat biasa dijumpai dan boleh bermakna apa sahaja daripada jangkitan influenza hinggalah ke pneumonia atau tuberkulosis. Inilah sebabnya selain memberi tumpuan kepada gejala dan tanda-tanda jangkitan, terdapat juga saringan kesihatan terhadap mereka yang mempunyai faktor risiko tinggi seperti mereka yang telah pergi ke / dari Wuhan atau China pada umumnya selama 2-3 minggu yang lalu. 

Tempoh inkubasi (masa yang diambil untuk gejala pertama untuk menunjukkan dirinya selepas seseorang yang dijangkiti virus) untuk Novel Coronavirus ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari. Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut. Berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus:

  1. Demam - Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dengan virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi. 
  2. Batuk - Seperti virus pernafasan lain seperti virus influenza, pesakit dengan 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan. 
  3. Sesak nafas - Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak boleh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yang perlu diberi perhatian untuk orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019. 
  4. Sakit Badan - Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza. 
  5. Sakit Tekak - Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019.
  6. Sakit Kepala - Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia boleh berlaku. 
Coronavirus Novel 2019 adalah isu kesihatan awam yang serius dan jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai gejala yang disenaraikan di atas bersama-sama dengan faktor risiko seperti interaksi dengan orang / pelancong dari China atau telah pergi ke / dari China pada masa lalu 2- 3 minggu lalu, maka anda harus melaporkan kepada klinik/hospital terdekat anda segera.

SINOPSIS CINTA UNTUK RAF

Cinta Untuk Raf

SINOPSIS CINTA UNTUK RAF

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf. Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.
“Kalau suatu hari abang marah dan Orked tak mampu nak pujuk, bolehkah masa tu abang maafkan Orked?” ~ Orked
“Abang kecewa. Abang tak tahu nak buat apa. I’ll give you, my everything, but... I haven’t got the smallest fraction of your trust.” ~ Raf
Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?
Drama 26 episod adaptasi novel 'Cinta Untuk Raf' karya Rabihah Nur Ridhuan akan ditayangkan di TV1.

Lakonan Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen ...

Telefilem Pemuja Rahsia Sabtu, 28 March, 10 malam di TV3.

Pemuja Rahsia

Telefilem Pemuja Rahsia Sabtu, 28 March, 10 malam di TV3.

Lakonan Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun ...

SINOPSIS  PEMUJA RAHSIA

Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam. Hawa sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas. 

Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal.

SINOPSIS TELEFILEM RATAHAN AL MARID

Ratahan Al Marid

SINOPSIS TELEFILEM RATAHAN AL MARID

Telefilem ini mengisahkan tentang Nina hampir tiba bersalin, suaminya Anas mengajak Nina untuk tinggal bersama ibunya Rosni. Malang bagi Nina, anaknya meninggal dunia setelah dilahirkan. Selepas kematian anaknya, Nina mula mengalami pelbagai perkara aneh dan mendengar tangisan bayi di dalam rumahnya.
Telefilem 'Ratahan Al Marid' disiarkan pada Sabtu, 28 Mac 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.
Lakonan Elly Mazlein, Zain Hamid ...

Sebak mendengar bacaan doa Perdana Menteri tadi.

Sebak mendengar bacaan doa Perdana Menteri tadi. 

Kita mungkin perlu jaga diri, anak, dan ahli keluarga lain. 

Beliau perlu jaga lebih kurang 32.6 juta rakyat Malaysia. Sungguh berat tanggungjawab tersebut.

Bagi semua rakyat Malaysia beliau dan kerajaan dah sediakan banyak bantuan. Panduan lanjut : https://www.mysumber.com/bantuan-kerajaan-covid-19.html

Mari kita lakukan tanggungjawab kita dengan duduk di rumah.


Sinopsis Syif Malam Raya

Syif Malam Raya

Sinopsis Syif Malam Raya

Kejadian aneh berlaku semasa Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh serta kaitan kekecohan kemunculan Pocong pada MALAM RAYA di Kampung Batu Berapit

Lakonan Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Syaiful Zero, Nadia Brian, Lia Natalia, Yoe Parey, Syahmi Sazly, Asif Suhaimi, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie, Emelda Rosmila ...

24 Mei 2020 Di pawagam

Gandingan Aaron Aziz & Elizad Sharifuddin Dalam Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga Lakonan Aaron Aziz & Elizad Sharifuddin

Gandingan Aaron Aziz & Elizad Sharifuddin Dalam Drama Jalan Sesat Ke Syurga

Drama 34 episod ini akan disiarkan ramadhan nanti di Astro Prima.

Lakonan Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Zulhelmy, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Sri Irdina, Nelissa Nizam, Ziema Din, Syrul Ezwan, Zalfa Zin ...

Pasrah - Damia

Pasrah - Damia

Berapa lama harusku menderita Sedangkan engkau disirami bahagia Sukarnya untukmu setia padaku Mudahnya engkau melupakan semua Semua janji waktu kita bersama Tibalah masanya aku mengalah Puisi indah kini tinggal kenangan Ikatan cinta yang penuh kedukaan Sayunya hatiku melepaskanmu Berat bagiku untuk melupakanmu Apakan daya takkanku nak merayu Inilah masanya ku nokhtahkan nya Aku berserah Jika ditakdir untuk tidak bersama Kerana ku mahu dirimu bahagia Bersama dirinya Dan aku pasrah Jika diriku untuk tidak bahagia Pergilah kau sayangku Pergilah kau kasihku bersamanya

Lagu: Harry Khalifah Lirik: Afiq Hamid Nyanyian: Damia

Ramai yang borong handsanitizer dan face mask tapi terlupa SATU benda yang penting!

Ramai yang borong handsanitizer dan face mask tapi terlupa SATU benda yang penting! -Teruskan baca
Kecoh! Mengenai wabak covid-19 Ramai rakyat malaysia terpaksa membatalkan atau menangguhkan rancangan percutian bagi mengelak daripada dijangkiti COVID-19.
Setiap apa yang berlaku pastinya memberi pengajaran kepada orang ramai supaya bersikap muhasabah diri termasuk saya sendiri.
Memang orang cakap kalau nak kena tu kena jugak.. tapi tak salah kita ikhtiar cari cara pencegahan supaya risiko untuk terkena itu kurang.
TAPI FACE MASK & HANITIZER DAH HABIS


Macam mana nak buat ni??
Ramai yang terlupa selain kita cegah luaran dengan menggunakan facemask dan handsanitzer…
Benda paling penting adalah cegah dari dalaman kita iaitu dengan kuatkan daya tahan badan!
Bila sistem imun kuat, badan dapat lawan jangkitan.
Untuk tingkatkan imune badan kita perlu makan 3 benda
3 BENDA PENTING PERLU ADA TINGKATKAN IMUN BADAN KETIKA WABAK
1- Vitamin c


Paling penting ialah ambil vitamin c ketika wabak. Vitamin c perlu untuk tingkatkan daya tahan tubuh badan.
2- Glutathione

Tahukah anda glutathione penting untuk membantu menyerap vitamin c dengan lebih cepat dan kuatkan pertahanan tubuh badan kita.
3- Hyaluronic

Fungsi hyaluronic pula sebagai agen menambahkan lagi ketahanan imunisasi badan selain vitamin c.

Sumber : https://rahsiabidadari.com/bahaya-virus-menular-tak-digalakkan-keluar-rumah/?gclid=Cj0KCQjwmdzzBRC7ARIsANdqRRmc7JA7gWdzkaGtc69EcjWIFWIl2Nyo0T-CX5L3gIXK3pAbr9TS0nEaAluKEALw_wcB

Bekas kekasih - Tomok

Bekas kekasih - Tomok

Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Kau harus terima
Itu hakikatnya
Tak seharusnya kita begini
Tak usah kembali lagi

Kau harus sedar
Tiada lagi ruang
Bersamamu
Bekas kekasih
Jangan kembali

Tak mudah cintaku kembali lagi
Hidupku indah bersama kekasih yang baru

Ku dengar kau tak lagi bersamanya
Hidupku indah tanpamu disisiku
Tak mudah cintaku berputik lagi
Hidupku indah

Wadah Terkini