Khidmat petugas pembersihan ada kalanya hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir anggota masyarakat

Ada ajak bertumbuk kerana ditegur buang sampah

Sengaja buang sampah depan petugas pembersihan semasa sedang menyapu.

Itu antara sikap tidak wajar segelintir warga bandar ini kerana tidak menggunakan tong sampah, sebaliknya membuangnya sesuka hati.

Malah, ada yang marah-marah jika ditegur sehingga ada yang ajak bertumbuk.

Pengalaman sedemikian bukan aneh bagi petugas pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI, S.Manisegaran berkata, khidmat petugas pembersihan ada kalanya hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir anggota masyarakat.

Menurut beliau, MBI mempunyai kira-kira 600 orang petugas pembersihan yang diletakkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Bandar, Jabatan Kesihatan Awam dan Perbandaran.

“Tiada istilah hari cuti pada tugas pembersihan kerana operasi kita berjalan setiap hari tanpa gagal. Ya, petugas diberi hari cuti mengikut giliran tetapi kerja-kerja pembersihan tetap berjalan.

“Sebagai masyarakat, kita suka apabila kawasan kejiranan kita bersih dan terjaga. Itulah tugas yang dilakukan oleh para petugas pembersihan ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau tugas pembersihan di Taman Canning.

Waktu kerja para petugas ini bermula seawal 6.45 pagi dan hanya berakhir pada pukul 4 petang.

MBI bertanggungjawab melaksanakan tiga tugas pembersihan iaitu menyapu sampah, kutipan sampah dan membersihkan sampah haram di bandaraya ini dengan keluasan kira-kira 643 kilometer persegi.

Bagi tugas pembersihan parit, pemotongan rumput dan bukan berkaitan dengan pengurusan sampah, ia dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilantik.

Bagi Salwan Najumut, walaupun terpaksa berhadapan dengan sampah sarap setiap hari, dia menganggap pekerjaan itu sebagai satu tanggungjawab kepada masyarakat.

“Misalnya kita bekerja pada hari raya Aidilfitri. Terpaksa tinggalkan keluarga untuk keluar bekerja sebab ada amanah yang perlu kami sempurnakan iaitu mengutip sampah dan membersihkan kawasan.

"Pada ketika wabak Covid-19 melanda, operasi pembersihan tetap berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Kata Salwan, dia juga berharap agar masyarakat dapat memberikan kerjasama dengan tidak membuang sampah merata-rata terutamanya di kawasan yang dilarang. - Perak Gazette

Temui Azhan Rani Dalam Telefilem Bapak Sabtu Ini Di TV1

Bapak

Telefilem khas Hari Bapa bertajuk 'Bapak' disiarkan pada Sabtu, 20 Jun 2020 pukul 9 malam di TV1.

Lakonan Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Elisya Sandha, Ikmal Amry ...


SINOPSIS BAPAK

Mengisahkan Zahari seorang bekas banduan yang baru dibebaskan, cuba membuktikan pada anak lelaki dan isterinya yang tidak lagi memandang kewujudan dirinya sebagai penting dalam hidup mereka. Mujur saja dia mempunyai anak perempuan bernama Sophia yang tidak pernah putus harapan melihat ayahnya itu kembali meneruskan hidup di dalam masyarakat yang turut meminggirkan dirinya. Ini kerana Sophia sebenarnya menyimpan rahsia sebenar mengapa Zahari sebenarnya dimasukkan ke dalam penjara.

Telefilem Pak Dogo disiarkan pada 20 Jun 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

Pak Dogo

Telefilem Pak Dogo disiarkan pada 20 Jun 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.



Lakonan Asrulfaizal Kamaruzaman, Raysha Rizrose, Sabri Yunus, Along Eyzendy, Saidi Sabri ...

SINOPSIS PAK DOGO

Koya seorang tok dalang muda yang jatuh cinta kepada seorang gadis cantik Salmi, yang menjadi rebutan ramai. Setelah berjaya merebut hati gadis impiannya satu demi satu gangguan mistik yang perlu dilaluinya. Mampukah mereka bertahan hingga ke gerbang perkahwinan?

Biar berjauhan

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus, tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini

Dan bila 'ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk kuterima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu
Tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini

Dan bila 'ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk kuterima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu
Tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biarlah putus, tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Temui Risteena Munim dan Isa Khan dalam drama Bulan Di Kota Langit

Bulan Di Kota Langit

Drama (20 episod) Bulan Di Kota Langit lakonan Risteena Munim dan Isa Khan disiarkan bermula 13 Jun 2020, setiap hari pukul 10 malam di TV Okey.

Lakonan Nur Risteena Munim, Isa Khan, Qi Razali, Afierariana Agoes, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Neera Azizi, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef, Reza Hasbi, Liza Abdullah,Roy Azman ...


SINOPSIS BULAN DI KOTA LANGIT

Mengisahkan Munirah bersama empat orang abangnya. Ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.
Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif.

Munirah  mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja direstoran tersebut.

KEUNIKAN TANAH MELAYU

KEUNIKAN TANAH MELAYU
FIL MARSYAL ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau disebut Angkatan Tentera Persekutuan adalah organisasi yang berada terus di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Pemerintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Pangkat yang disandang baginda dalam ATM ialah Fil Marsyal (bahasa Inggeris Field Marshal). Fil Marsyal adalah pangkat tertinggi dalam angkatan tentera yang diamalkan di kebanyakan negara.
Di luar negara, Fil Marsyal adalah pangkat berdasarkan kepada kenaikan pangkat dari jeneral atau pegawai paling kanan dalam perkhidmatan.
Namun, dalam ATM pangkat Fil Marsyal adalah dikhususkan kepada individu yang menjawat gelaran Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM sepertimana peruntukan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.
Lambang pangkat bagi Fil Marsyal adalah lima 'bintang'. Dalam organisasi ATM, pegawai berpangkat jeneral yang memakai lambang pangkat empat 'bintang'.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Utama Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Field Marshal atau Jeneral Lima Bintang.Baginda merupakan ketua bagi setiap cabang angkatan tentera iaitu :-
👨‍✈️ Tentera Darat Malaysia ( TDM )
👨‍✈️ Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM )
👨‍✈️ Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )

Setiap bekas KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dibenarkan memakai pemakaian pangkat Jeneral Lima Bintang walaupun baginda bukan lagi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang sedang memerintah Persekutuan Malaysia.
Menurut tradisinya KDYMM Sultan Pahang akan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia sepertimana KDYMM Paduka Ayahanda Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah.
ALLAHU AKHBAR!
Daulat Tuanku ðŸ‡²ðŸ‡¾
 Modul Kenegaraan dan Kepentingan Institusi Raja-Raja Melayu.
Unit Penerangan Institut Silat Seni Gayong

Word 230

Word 230


Lupakan saja pada siapa yang menyakitkan hati kita hari ini

Tapi jangan sesekali lupa pada orang yang sayangkan kita setiap hari

Batalkan bil eletrik semasa PKP untuk hargai kesetiaan rakyat, ada yang setuju?

Batalkan bil eletrik semasa PKP untuk hargai kesetiaan rakyat, ada yang setuju?



Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar menegaskan, langkah itu wajar diambil sebagai satu penghargaan TNB kepada kesetiaan rakyat yang melanggan perkhidmatan itu sejak berpuluh tahun lamanya.
“Biarlah ia kali pertama atau sekali ini TNB memberikan penggunaan percuma sepanjang tempoh tiga bulan PKP ini untuk penggunaan kediaman rumah atau sumber elektrik 1 fasa.
“Percayalah, ramai pengguna yang terkesan teruk akibat PKP sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.
“Dengan cadangan ini memohon ihsan TNB untuk menghargai pengguna yang setia selama ini dapatlah menyuntik semangat kepada mereka tanpa tekanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman dilaporkan meningkat kira-kira 23 peratus sepanjang tempoh PKP berbanding penurunan 33 peratus penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Semenanjung Malaysia.
Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa TNB adalah sebuah syarikat perniagaan dan bukanlah sebuah badan yang bersifat sepenuhnya sebagai kerajaan rakyat.
“Sudah pasti sesebuah perniagaan mengutamakan keuntungan. Namun begitu, TNB tidak wujud persaingan yang menyediakan perkhidmatan sumber elektrik ini.
“Ini juga menjadikan rakyat sebagai pengguna tiada pilihan dalam memilih perkhidmatan TNB sahaja jika melibatkan sumber elektrik.
“Sudah tiba masanya pengguna merasai penghargaan daripada TNB buat pertama kali memberikan caj percuma selama 3 bulan sepanjang tempoh PKP lalu,” katanya.
Langkah pengecualian bayaran ini mampu membantu keseluruhan rakyat yang sangat terkesan dengan sepanjang tempoh PKP yang kehilangan sumber pendapatan.
“Rakyat melahirkan rasa kekecewaan dan bebanan kewangan terlampau, ditambah pula dengan penyata bil elektrik yang diterima daripada TNB.
“Banyak perkara yang dipertikaikan oleh rakyat selaku pengguna dengan tindakan prorata untuk penjumlahan bil elektrik ini.
“Perkara ini harus dilihat dengan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama sedang lalui akibat Covid-19 ini,” katanya.
Menurut A’zlan, TNB mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 18.7 peratus kepada RM4.45 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019) berbanding RM3.75 bilion pada 2018 yang diumumkan pada 8 Februari 2020 sebulan sebelum bermulanya PKP pada bulan Mac.
“Percayalah bahawa kejayaan ini adalah hasil dari sokongan pengguna selama ini yang setia bersama TNB.
“Kami juga akan menyerahkan memorandum pengguna kepada pihak TNB untuk dipertimbangkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Wadah Terkini