Syair Kehidupan - Ahmad Albar

Syair Kehidupan - Ahmad Albar

Di saat ini ingin kuterlena lagi

Terbang tinggi di awan
Tinggalkan bumi di sini

Di saat ini ingin 'ku mencipta lagi
'Kan kutuliskan lagu
Sambil kukenang wajahmu

Malam panjang, remang-remang
Di dalam gelap aku dengarkan
Syair lagu kehidupan

Di saat ini ingin 'ku mencipta lagi
'Kan kutuliskan lagu
Sambil kukenang wajahmu

Malam panjang, remang-remang
Di dalam gelap aku dengarkan
Syair lagu kehidupan

Malam panjang, remang-remang
Di dalam gelap aku dengarkan
Syair lagu kehidupan

SINOPSIS PENGANTIN 1 MALAM

SINOPSIS PENGANTIN 1 MALAM
Zahred Hadri yang membenci wanita dan  Zulaikha Nasreen yang terdesak.

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya. 

Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika. 

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”

Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”

Satulam yang merubah segalanya… 
Antara nyawa si emak dan maruah diri…

Drama adaptasi novel 'Pengantin Satu Malam' karya Sophilea di slot Akasia TV3. Menyaksikan gandingan pelakon Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd arahan Eoon Shuhaini. Akan datang pada bulan Ogos nanti.

TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL


Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang. 

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja  kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu. 

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan  100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU...TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT, AKAN MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

1.Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

2.Mereka yang benar kenal ..pasti tahu bagaimana untuk menghargai. 

3.Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. 

4.Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

#CNP dari Penulis yang tak diketahui.😅

Luka DiHati Ibarat Paku Di Dinding

Luka DiHati Ibarat Paku Di Dinding

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun itu hanya satu masalah kecil saja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia tidak memikirkan untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapaknya telah menghadiahkannya dengan sekantong paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, untuk melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari pertama, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Setelah beberapa minggu, dia dapat mengurangi kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Lambat laun dia lebih mudah mengawal kemarahannya dari menancapkan paku ke tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dengan gembira dia memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut. Bapaknya mengucapkan selamat dan menyuruhnya mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berhasil mencabut semua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, maka tetap akan meninggalkan bekas dan luka seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sadari kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Dan ingatlah, meskipun berulangkali engkau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fisik.

Anakku, sesungguhnya sahabat yang ada disekeliling kita adalah titipan dari Allah. Tidak semua insan yang kita lihat dan kenal akan menjadi sahabat kita kecuali dia memang telah dipilih Allah untuk menjadi pendamping disisi mu sebagai seorang yang bergelar sahabat.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuat kamu bahagia dan menyemangati mu ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bersama denganmu mengisi hari-hari indah tanpa luka yang dipendam. Gurau sendamu dengan mereka akan menjadi suatu kenangan yang tidak bisa kau beli di toko manapun......

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta senantiasa membuka hatinya kepada kita. Jangan kau lukai hati mereka dengan marahmu. Jangan pula kau balas kasih mereka dengan sikap amarahmu yang tidak dapat di kawal walau kadang kesilapan mereka hanya sekelumit saja. Anggaplah setiap tindakkan mereka itu adalah usaha mereka dalam menjadikan dirimu insan yang berjaya, juga insan yang tahu menghargai arti sebuah persahabatan sejati.

Ingatlah Anakku, Sahabat sejati adalah insan yang selalu menyadarkan kita tentang kelemahan yang kita punya. Agar setelah mengetahui setiap kelemahan kita itu akan membuatkan kita bangkit menjadikan ia satu keistimewaan.

---------------

“Sahabat sekalian Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda.”

#copypaste

Temui Aedy Ashraf dan Elvina Mohamad dalam Aku Bukan SyurgaMu

Aku Bukan Syurgamu


Telefilem 'Aku Bukan SyurgaMu' lakonan Aedy Ashraf dan Elvina Mohamad pada Sabtu ini (11 Julai 2020) pukul 9 malam di TV1

SINOPSIS AKU BUKAN SYURGAMU

Haidar seorang pembunuh upahan telah jatuh cinta dengan gadis yang mahu dibunuhnya. Haidar terperangkap antara cinta dan misi pembunuhannya.

Cinta pandang pertama antara Haidar dan Khayla telah mengubah sikap Haidar dan mendapat tentangan dari ayah angkat Haidar. Adakah cinta mereka akan bersatu? Apakah Haidar sanggup berkorban demi cintanya pada orang yang tersayang?

SINOPSIS GADIS VROOM VROOM

Gadis Vroom Vroom

SINOPSIS GADIS VROOM VROOM

Sarah ditawarkan menyertai pasukan Ray Racing Academy selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang. Selepas Sarah menyertai pasukan tersebut, pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan. Konflik mula timbul apabila Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray!

Telefilem 'Gadis Vroom Vroom' isiarkan pada Jumaat (10 Julai) pukul 9:30 malam di TV2.

Lakonan Elizabeth Tan, Dazrin Kamarudin, Wanna Ali, Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Zalfa Zin ...

Inspirasi ibu yang sangat kuat


dzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana seorang ibu yang sangat kuat ketika fasa meng4ndungkan anak permata mereka, Arwa Malaikha Urwa.
Meskipun sarat ham1il ketika melakukan siri bantuan amal dan mengalami al4han teruk pada peringkat awal, namun pelakon wanita itu tidak pernah mengeluh.
Nadzmi menerusi kapsyen pada entri IG TV itu turut memaklumkan, usia bay1i perempuan mereka kini sudah pun mencecah usia sebulan.
“Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah.

“Semangat kamu 9 bulan dalam k4ndungan . Masa awal -awal meng4ndungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan munt4h munt4h al4han yang tervk.
“Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu.
“Pergi hantar bantuan di Syria, Turkey, selama 22 hari. Umie kamu pengs4n di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh,” tulisnya.
Pelakon Hati Perempuan itu turut insafi diri ketika mengenangkan kegigihan si isteri yang berbadan dua.
“Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut.
“Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sak1it sak1it badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini.
“Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akh1irat. Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi, perempuan yang sangat kuat dan hebat, seorang isteri yang terbaik untuk abi.
“Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita.
“Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me. New journey begins,” titipnya lagi.
Versi penuh video tersebut yang juga boleh ditonton di saluran YouTube mereka antara lain turut merakamkan proses bersali1nkan Urwa.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan mereka kemudiannya berkongsi berita gembira mengenai keham1ilan anak Disember lalu.
Urwa selamat dilah1irkan pada 5 Jun 2020.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
Sumber : MH

Word 233

Word 233

tidak akan terdetik hati kita nak kebaikan melainkan Allah cinta pada kita.

tidak akan terdetik rasa kesal dan ingin taubat melainkan Allah cintakan kita.

dan tidak pula diuji hati kita dengan perkara dunia yang kita sayangi melainkan cinta Allah pada kita

Cinta antara kita

 Cinta antara kita

Sejak dari dulu
Ku menyintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku

Yang telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama
Diriku ini
Tak bertemu mu

Mungkin ku harap jua
Kau merindu ku
Sebagaimanaku rinduimu
Cinta antara kita

Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggu mu

Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu syg...
Setelah kau pergi

Jauh dari sisi
Tiada ku cinta selain dirimu
Ku ingin bersama
Denganmu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa

Mungkin kau tak mengerti
Maksud ku dulu pada dirimu
Kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
Cinta antara kita
Tiada penghalangnya

Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggu mu
Menyata kau cintaku
Ku kan berjanji
Menyintamu sayang...
Sudah

https://youtu.be/4I4L_EUhaAw

Wadah Terkini