Cara Berdoa Dalam Sholat


Cara Berdoa Dalam Sholat
Sholat adalah media terbaik untuk berdoa, sebagaimana sholat itu sendiri yang maknanya adalah doa.



Pada kesempatan ini, kami sebutkan cara/tehnik berdoa di dalam sholat, utamanya ketika sujud atau setelah tasyahud akhir sebelum salam, seperti yang diajarkan Nabi Saw. Siapa yang membaca kalimat-kalimat doa ini, maka Allah langsung akan menjawab dan mengabulkan doanya.



يَقُلْ: نَعَمْ نَعَمْ



Maka Allah berfirman: "Ya (aku kabulkan), ya (aku kabulkan)."
Selengkannya, mari simak penjelasannya dalam video. Semoga memberi manfaat untuk kita semuanya Amiin Yaa Robbal 'Aalamiin.
Walloohu a'lamu bish-showaab Wassalamu'alaikum wr wb
Mahmud Asy-Syafrowi

Sesak Nafas: Punca, Cara Rawatan dan Penyiasatan

Sesak Nafas: Punca, Cara Rawatan dan Penyiasatan
Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Akan ada yang mengatakan susah untuk tarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Tetapi ia juga boleh disebabkan masalah kebimbangan (anxiety disorder) dan juga stress.
Ianya penting untuk tahu bahawa keadaan sesak nafas yang kerap mungkin menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang serius. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika selalu menghadapi perkara ini.

Punca Sesak Nafas

Terdapat pelbagai punca kepada masalah sesak nafas dan ia bergantung kepada organ yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Disini kami ingin menyenaraikan bebarapa organ yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku berserta penyakit nya.

Masalah Paru-paru

Terdapat beberapa masalah paru-paru yang menyebabkan masalah sesak nafas berlaku.
1. Asma
Asma adalah masalah yang melibatkan keradangan saluran pernafasan yang menyebabkan saluran menjadi kecil.
Pesakit akan mengalami simptom susah bernafas, pernafasan yang berbunyi, dada menjadi ketat dan juga batuk.
2. Jangkitan paru paru (pneumonia)
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut.
Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
3. Pulmonary Embolism
Emboli adalah istilah yang bermaksud darah beku yang telah menyebabkan saluran darah tersumbat.
Pulmonary embolism pula bermaksud saluran darah bahagian pulmonary(iaitu bahagian paru paru) telah tersumbat dengan darah beku.
Ini menyebabkan kurangnya pertukaran gas oksigen di dalam paru paru. Perkara inilah yang menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan mengalami sesak nafas.
Ia selalunya berlaku kepada orang yang baru sahaja menjalani pembedahan besar (major operation), mereka yang asyik terbaring sahaja, pesakit kanser, pengambilan pil perancang dan beberapa golongan yang lain.
4. Chronic obstructive airway disease
Penyakit ini selalunya dihadapi oleh mereka yang merokok. Rokok yang selalu dihisap merosakkan alveolar berserta saluran di dalamnya yang menyebabkan pertukaran oksigen tidak berlaku dengan berkesan.

Masalah Jantung


Terdapat beberapa masalah jantung yang menyebabkan seseorang itu sesak nafas.
1. Masalah pembuluh darah koronari
Masalah pembuluh darah selalunya berlaku apabila saluran darah tersebut menjadi sempit disebabkan kolesterol yang terkumpul pada dinding saluran darah tersebut.
Perkara ini mungkin akan menyebabkan serangan sakit jantung. Apabila jantung telah rosak, ia tidak boleh mengepam darah dengan efisien dan perkara ini menyebabkan sesetengah kawasan dalam badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

2. Masalah jantung sejak lahir (congenital heart disease)
Dalam masalah ini, struktur di dalam jantung tidak normal menyebabkan darah tidak dapat dipam dengan berkesan ke seluruh badan.

3. Lemah Jantung
Apabila jantung tidak dapat berfungsi secara efisien disebabkan serangan sakit jantung dan sebagainya, jantung tidak dapat berfungsi mengepam darah dengan betul.
Ini menyebabkan cecair terkumpul di dalam paru-paru dan pertukaran oksigen tidak berlaku dengan baik

Masalah Perut


Dalam keadaan masalah perut, ia tidak melibatkan kekurangan oksigen.
1. Penyakit gastrik
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama

2. Penyakit Gastroesophageal Reflux disease
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus.
Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.

Simptom selain sesak nafas


Selalunya pesakit yang mengalami sesak nafas mungkin akan menunjukkan simptom
  • Bernafas laju
  • Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
  • Kuku dan bibir menjadi biru
  • Muka menjadi pucat
  • Berpeluh dengan banyak
Sesetengah simptom yang berlaku bersama-sama sesak nafas mungkin menunjukkan keadaan yang serius. Beberapa simptom tersebut adalah:
  • Demam: Ia mungkin disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru
  • Sakit dada: Boleh disebabkan serangans sakit jantung
  • Dada rasa ketat: Selalunya disebabkan serangan asma
  • Sesak nafas yang berlaku ketika anda baring: Selalunya disebabkan jantung lemah

Ujian Pengesanan Punca


Perawat kesihatan selalunya akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku
Bergantung kepada keputusan pemeriksaan, perawat kesihatan mungkin akan mencadangkan salah satu ataupun lebih prosedur untuk menentukan punca kepada masalah tersebut. Ia adalah
  • Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
  • X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
  • Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
  • Echocardiogram: Ia digunakan untuk melihat keadaan jantung

Rawatan


Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub.
Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut. Sebagai contoh:
  • Jangkitan paru-paru: Pesakit selalunya akan diberikan antibiotik
  • Pulmonary embolism: Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah yang menyumbati saluran paru-paru
  • Asma: Selalunya pesakit akan diberikan ubat pam untuk membuka saluran pernafasan yang sempit.
  • Serangan sakit jantung: Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah beku yang menyumbati salur darah
  • Lemah jantung: Pesakit yang mengalami lemah jantung sering kali akan mempunyai air yang berlebihan di dalam badan. Pesakit akan diberikan ubat untuk melawaskan air kencing supaya kurangnya air dalam badan. Oleh itu, ia tidak akan terkumpul di dalam paru-paru
  • Penyakit Gastrik: Selalunya pesakit akan diberi ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut
Rujukan:
  1. Lechtzin N. (n.d.). Shortness of breath. merckmanuals.com/home/lung-and-airway-disorders/symptoms-of-lung-disorders/shortness-of-breath
  2. Mayo Clinic Staff. (2018). Shortness of breath. mayoclinic.org/symptoms/shortness-of-breath/basics/causes/sym-20050890
Kredit : The Diagnosa

7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 31

7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 31



Di hari pernikahan Khuzairi, Mak Leha rasa tertipu dengan Nurul Ain kerana Nurul Ain berbohong dengannya di mana perkahwinannya dengan Khuzairi tidak pernah mendapat restu daripada ibunya. Nurul Ain ingin berkahwin dengan Khuzairi hanya disebabkan harta dan berdendam dengan Mia Adriana kerana arwah Roziah menyerahkan duit kepada Mia Adriana. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan berundur dan akan tetap berkahwin dengan Khuzairi kerana hati Khuzairi tidak lagi pada Mia Adriana. Nurul Ain berjanji kepada Mia Adriana yang dia akan membahagiakan Khuzairi dan juga anak-anaknya. Dia berharap agar Mia tidak membencinya kerana dia tidak berniat merampas Khuzairi darinya. Pak Samad menasihati Nurul Ain agar jangan menjadi anak derhaka kerana Khuzairi tidak suka pada orang yang tidak hormat pada orang tua. Mereka semua tidak menyangka apabila

Khuzairi ingin meneruskan pernikahannya dengan Nurul Ain.

Kepak Ayam Diuji P0SlTlF C0VlD, Akhirnya Pihak BERKUAS4 Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Kepak Ayam Diuji P0SlTlF C0VlD, Akhirnya Pihak BERKUAS4 Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif C0VID-19 perlu 
diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan.
Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti 
Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu 
menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, 
penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, 
untuk tindakan susulan.
Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan 
C0VID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan 
Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).
“Dua kes jangkitan C0VID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing 
dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca 
daripada pemiliknya positif wabak itu.
“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif 
C0VID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh 
tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan 
adalah amat terpencil.
Lagipun, tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti C0VID-19, malah 
kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah 
pernafasan, cirit-birit dan muntah.
Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh 
menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan 
pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik 
pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti C0VID-19.
“Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda.
Pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, 
membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.
Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang 
lebih mudah dijangkiti secara semula jadi.
Namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik 
C0VID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di 
dalam rumah.
“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (C0VID-19) boleh menjangkiti 
kucing, feret dan monyet.
“Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang 
digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.
Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata 
kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana 
ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia.
“Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan 
antara manusia dan kucing jalanan.
Namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan 
Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, 
mahupun jalanan,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus 
terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus 
adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis 
haiwan yang berlainan.
Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau 
bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.
“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing 
(canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious 
bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible 
gastroenteritis virus).
“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada 
haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya.
Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab 
COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan 
dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar.
Namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.
Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan 
Dari Mana Makanan Itu Terkena
Satu sampeI kepak ayam sejuk beku yang dibawa masuk ke Shenzhen,
Shanghai dari BraziI didapati p0sitif C0vld-19.
Susulan itu, pihak berku4sa kesihatan segera menjejakl dan melakukan ujlan 
sarlngan kepada individu-individu yang mungkin ters3ntuh dengan makanan 
yang terc3mar itu.
Namun, setakat ini tiada yang p0sitif C0vld-19.Semalam, Chlna meIap0rkan 
vlrus tersebut ditemui pada bungkusan makanan laut yang diimp0rt dari Ecuador.
Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena
Sejak Julai lalu, beberapa bandar Chlna lain termasuk peIabuhan Xiamen 
dan Dalian melap0rkan beberapa k3s kor0navlrus.
Ini mendorong China menghentlkan import dari tiga pengeIuar udang Ecuador.
Chlna memulakan pemerlksaan intenslf daging dan makanan laut di pelabuhan 
utama pada bulan Jun.
NoveI kor0navlrus, yang menyebabkan C0vid-19, dipercayai muncul di pasar 
makanan laut dan hidupan Iiar di bandar Wuh4n di Chlna tahun lalu.
W4bak itu juga dikaitkan dengan Xinfadi, sebuah pasar makanan borong di 
Beijing, dengan banyak k3s melibatkan pekerja mlgran berpendapatan 
rendah dan di restoran berdekatan.
Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena
Sumber : MalaysiaGazette

Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik

Tersentak tapi bermakna..😭
.
● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.
.
Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara-maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.
.
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
.
● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik.
.
● Hanya kau dan amalmu.
.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.
.
Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar
.
● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.
.
● Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
.
● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik di sisi ALLAH pemilik semua yang baik

7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 30

7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 30

 


Mia sanggup kenakan suaminya, arahkan suaminya masakkan bubur di waktu malam termasuklah sanggup mengipasnya dengan kertas. Mia tersentuh, tidak dapat gambarkan perasaannya melihat kesabaran suaminya sehinggakan dia menitiskan air mata. Dia rasa bersalah, apa yang dia cuba lakukan ada semata-mata ingin Khuzairi membencinya kerana dia tidak tahu macam mana hendak berpisah dengan suaminya. Mia Adriana menangis di depan emak mentuanya, menangis bukan kerana perkahwinan Khuzairi tetapi menangis kerana terpaksa berpisah dengan anak-anaknya. Mak Leha tidak membenarkan Mia Adriana pergi kerana dia mahukan Mia Adriana menjadi menantunya dan dia akan merestunya. Mia mahukan sokongan daripada emak mentuanya agar Khuzairi berkahwin dengan Nurul Ain. Mak Leha rasa bersalah kerana memaksa Khuzairi berkahwin dengan Nurul Ain.

Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dalam Cinta Sekali Lagi

Sekadar suka-suka

Sekadar suka-suka

Read apa yang saya suka baca

Write apa yang saya nak tulis

Share apa yang saya rasa perlu

Blog ini sekadar suka-suka

Jika ada yang komen itu adalah bonus untuk blog ini

Dan terima kasih pada yang sudi komen, saya amat hargai






ARTIS LARI CULIK PENGANTIN LA PULAK

Tonton Telefilem Artis Lari Culik Pengantin Lah Pulak (Astro Citra ...

Jay Johan terpaksa mengikut kehendak Fammy untuk menculik sepupunya Mira dari kena kahwin paksa! Malang untuk Jay Johan, rupanya Mira hater tegar beliau! Boleh ke Jay Johan selamatkan haternya tanpa rosakkan kerjaya sendiri?

Telemovie ARTIS LARI CULIK PENGANTIN LA PULAK 15 OGOS 2020 9 malam hanya di Astro Citra Dan CitraHD (Astro 108 & 128)

Lakonan Syafiq Kyle, Yuna Rahim Jasmin Hamid ...

Word 251

Word 251 

Doa ketika hujan turun

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Drama mini Serikan Hatimu 2 di TV3



Tonton Drama mini Serikan Hatimu 2 di TV3 mulai 10 ogos 2020 9.50 malam.

Lakonan Mimi Lana, Azira Shafinaz, Syafiq Kyle ...


Drama mini siri “Serikan Hatimu” kembali dengan mengisahkan dua gadis bernama Intan, seorang pelajar popular, dan Aina pula seorang pelajar yang bijak di kolej. Dalam satu kejadian luar biasa, mereka tertukar badan! Nak tahu apa kesudahannya?

Wadah Terkini