7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 31

7 Hari Mencintaiku 2 : Episode 31



Di hari pernikahan Khuzairi, Mak Leha rasa tertipu dengan Nurul Ain kerana Nurul Ain berbohong dengannya di mana perkahwinannya dengan Khuzairi tidak pernah mendapat restu daripada ibunya. Nurul Ain ingin berkahwin dengan Khuzairi hanya disebabkan harta dan berdendam dengan Mia Adriana kerana arwah Roziah menyerahkan duit kepada Mia Adriana. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan berundur dan akan tetap berkahwin dengan Khuzairi kerana hati Khuzairi tidak lagi pada Mia Adriana. Nurul Ain berjanji kepada Mia Adriana yang dia akan membahagiakan Khuzairi dan juga anak-anaknya. Dia berharap agar Mia tidak membencinya kerana dia tidak berniat merampas Khuzairi darinya. Pak Samad menasihati Nurul Ain agar jangan menjadi anak derhaka kerana Khuzairi tidak suka pada orang yang tidak hormat pada orang tua. Mereka semua tidak menyangka apabila

Khuzairi ingin meneruskan pernikahannya dengan Nurul Ain.


Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan