TIPS SUKSES DALAM BISNES
1. BIG WHY
Dapatkan big why kita. Kenapa kita nak menerjah dalam bisnes seba ya big why ni akan push kita untuk lebih bersemangat buat sesuatu sampai jadi tanpa putus asa.
2. JAGA NIAT.
Selarikan apa yang berada dihati dan dibibir. Kita akan buat sesuatu sampai jadi dengan betul supaya ramai orang dapat manfaat sekiranya kita benar ingin bantu orang ramai menikmati manfaat dalam bisnes.
3. RESTU
Restu ni sangat penting, mintalah restu pada mak ayah supaya perniagaan berjalan lancar. Jika sudah berkeluarga, mohon restu dari suami, minta izin pada suami supaya lebih berkat.
4. FOKUS
Kita kena fokus pada apa yang kita nak buat. Focus One Course Until Success. Jadikan sesuatu yang buat kita gembira tanpa terpaksa yang lebih mudah dipanggil passion. Buat sesuatu dengan passion, kita tidak akan rasa terbeban.
5. JAGA MOMENTUM
Saya bagi contoh dalam laman sosial facebook, apa yang kita kongsi memberi impak kepada personal branding kita. Elakkan kongsi perkara yang berbeza dari bidang kita, jaga momentum bisnes supaya terus konsisten.
6. BUANG EGO
Buang ego untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan. Contoh nak cedok ilmu seseorang, tidak perlu segan untuk mula bertanya, rendahkan ego
Semoga semua sentiasa dideraskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Aamiin
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.