Pages

Pengakuan

Ogos 08, 2020

Badan lemah: Punca, tanda dan rawatan

Badan lemah: Punca, tanda dan rawatan


Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga.

Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius.

Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya pada pemeriksaan seseorang doktor.

Apakah punca dan penyebab badan lemah?

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori am iaitu:

Gaya hidup
Masalah kesihatan
Masalah mental

1) Gaya hidup

Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan:

Senaman yang berlebihan
Tidak melakukan senaman
Kurang tidur
Lebih berat badan
Sedang dalam keadaan stres
Sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu
Pengambilan alkohol yang kerap
Pengambilan dadah
Pengambilan kafein yang banyak
Tidak mengambil diet yang sihat

2) Masalah kesihatan

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah:

Anemia (kurang sel darah merah)
Sakit sendi
Jangkitan kuman. Sebagai contoh ketika demam dan selesema
Hipotiroid
Masalah tidur (Insomnia)
Penyakit autoimune (sebagai contoh SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis dan sebagainya)
Lemah jantung
Kanser
Kencing manis
Kegagalan buah pinggang
Kegagalan fungsi hati

3) Masalah mental

Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa doktor, jika anda:

Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu
Tidak mengetahui punca tersebut
Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk
Mengalami masalah untuk tidur
Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan.
Dalam beberapa keadaan, rasa badan lemah merupakan perkara yang serius. Pergi ke hospital jika anda mengalami simptom dan tanda seperti di bawah:

Berak berdarah
Muntah darah
Sakit kepala yang teruk
Sakit dada
Rasa nak pengsan
Muka pucat
Pengsan
Sesak nafas
Berfikir untuk membunuh diri
Sumber: https://thediagnosa.com
Berfikir untuk membunuh orang lain
Bagaimanakah doktor merawat badan lemah?
Rawatan masalah ini berkait rapat dengan punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Doktor akan memeriksa pesakit terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada pesakit. Jika pesakit disyaki mempunyai masalah kesihatan, pesakit mungkin akan diminta untuk menjalani beberapa jenis pengambilan sampel darah untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk merubah gaya hidup dan mengelakkan rasa badan lemah. Ia adalah:

Sentiasa mengambil air yang mencukupi
Melakukan senaman secara rutin dan tidak berlebihan
Dapatkan tidur yang secukupnya
Elakkan perkara yang menyebabkan anda stress
Elakkan pekerjaan yang menyebabkan beban yang banyak kepada anda
Elakkan pengambilan alkohol, rokok dan penggunaan dadah

Sumber : SinarHarian

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!