4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat kluster Sivagangga

4 kawasan di Kedah dikenakan PKPD secara pentadbiran akibat kluster Sivagangga
Kira-kira 7,000 penduduk di 4 kawasan di Kedah yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco) mulai hari ini ( 3 Ogos ) hingga 30 Ogos ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan Kedah untuk melaksanakan Temco kerana mengambil kira 11 kes baru yang berpunca daripada kluster itu membabitkan 4 mukim.
Kawasan itu membabitkan radius 1km dari Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh (Mukim Hosba), Kampung Pida Satu di pekan Megat Dewa (Mukim Ah) dan Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjai) yang kesemua 3 mukim itu terletak di daerah Kubang Pasu serta Kampung Ulu di pekan Padang Sanai (daerah Padang Terap). _ FMTNEWS

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”