Pages

Pengakuan

Ogos 27, 2020

Vertigo sebab diri rasa berpusing

Vertigo sebab diri rasa berpusing

PERNAHKAH anda berhadapan dengan situasi merasa persekitaran atau diri sendiri berputar sedangkan anda ketika itu tidak bergerak?
Masalah itu berlaku disebabkan oleh masalah vertigo, merasakan diri seolah-olah sedang berpusing.
Penyakit ini tidak seperti pening yang menyebabkan kepala pesakit menjadi ringan, gelap dan kemudian pengsan.
Sedangkan simptom vertigo seperti loya, muntah, sakit kepala, rasa tidak stabil ketika berjalan. Lebih teruk mereka yang 'terkena' merasakan kepala digerak atau dipusingkan dan jalan tidak seimbang.
Terdapat dua kategori masalah vertigo iaitu:
1. Vertigo periferi
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Ia berlaku disebabkan:
- Perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga tidak berfungsi secara normal.
- Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.
- Keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah itu.
- Penumbuhan tulang yang tidak normal dalam telinga.
2. Vertigo berpusat
Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.
Punca disebabkan:
- Angin ahmar
- Tumor pada bahagian cerebellum
- Migrain
- Multiple sclerosis
Apa yang doktor akan lakukan untuk menentukan anda mengidap vertigo atau sebaliknya?
Beberapa penyiasatan dan ujian akan dilakukan untuk mengetahui punca dan jenis masalah yang dihadapi.
1. Ujian mata: Doktor akan meletakkan jari dan pesakit perlu melihat jari tersebut. Doktor akan menggerakkan jari ke kiri atau ke kanan sambil melihat mata pesakit sama ada mempunyai pergerakan yang normal atau tidak.
2. Ujian Romberg: Pesakit akan diminta berdiri secara lurus dan menutupkan mata. Pesakit diminta untuk mengimbangkan dirinya agar tidak jatuh. Selalunya pesakit yang mengalami masalah pada bahagian cerebellum tidak akan mampu berdiri dalam keadaan mata tertutup.
Terdapat juga ujian dan prosedur lain seperti ujian imbasan CT dan MRI. Ujian tersebut hanya dibuat jika pesakit disyaki mengalami strok atau tumor pada bahagian otak.
Terdapat beberapa simptom yang berbahaya jika seseorang itu mengalami masalah itu:
- Vertigo yang berterusan.
- Mempunyai simptom lain seperti tidak mampu menggerakkan kaki atau tangan. (Pesakit mungkin mengalami strok/ angin ahmar).
- Mempunyai masalah pendengaran.
- Sakit telinga yang melampau.
Rawatan vertigo
- Rawatan masalah itu bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat.
- Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.
- Jika ia disebabkan vertigo berpusat, rawatannya adalah bergantung kepada penyebab masalah tersebut.
Rawatan kecemasan
- Tarif nafas jangan panik.
- Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.
- cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.
- Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.
- Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.
Sumber: The Diagnosa dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kredit : Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!