Sekolah & Masjid Ditutup, PKPD Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

Sekolah & Masjid Ditutup, PKPD Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

Peningkatan kes positif Covid-19 di negeri Kedah membimbangkan susulan jangkitan Kluster Sivagangga dan Tawar. Kewujudan kluster-kluster ini secara tidak langsung telah mengakibatkan penduduk di Kedah termasuk pelajar sekolah berjangkit.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan keputusan untuk melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah. Amaran itu telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan iaitu YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

22,360 disyaki positif

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di negeri Kedah itu akan dikuatkuasakan pada 28 Ogos 2020, jam 12.01 malam sehingga satu tempoh yang akan diumumkan pihak KKM.
Terdapat tiga kawasan di Aman Jaya, Sungai Petani iaitu kawasan perumahan Kenanga, Melur dan Mawar diletakkan dalam zon PKPD. 265 buah rumah daripada jumlah 303 di seluruh Aman Jaya dikuarantinkan kerana kontak kepada tujuh kes positif Covid-19.
Sebelum ini pada 24 Ogos 2020, terdapat kes positif dalam kalangan seorang petugas hospital swasta, dan enam murid dan guru sekolah. Seramai 22,360 orang penduduk terlibat disyaki positif dan 25,000 orang telah melakukan ujian saringan.

Hanya wakil rumah dibenarkan keluar

Antara institusi dan sektor yang ditutup operasi ialah sekolah, taska, masjid dan rumah ibadat. Hanya pembelian makanan secara ‘take away’ dan kedai runcit sahaja dibenarkan operasi. Pasar harian dibenarkan beroperasi manakala pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan.
Hanya seorang sahaja wakil dari setiap rumah dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Manakala, pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja dan hanya bekerja dari rumah. Tetapi, bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
Kawasan Aman Jaya, Sungai Petani itu akan ada sekatan jalan raya dilaksanakan oleh PDRM dan pasukan ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.

Kredit : OhBulan

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama