KLUSTER SIVAGANGGA

KLUSTER SIVAGANGGA: KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH MENGENAI PELAKSANAAN TEMCO


KENYATAAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH
2 Ogos 2020
1. YAB Menteri Besar Kedah memutuskan perlaksanaan TEMCO (Targeted Enhancement Movement Control Order) ke atas 4 mukim yang terjejas dengan penyebaran Covid-19 (kluster Sivagangga) iaitu Mukim Ah, Mukim Binjal, Mukim Hosba serta Kampung Ulu, Padang Sanai di Daerah Padang Terap.
2. TEMCO ini melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius 1 kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba), Daerah Kubang Pasu.
3. Sekolah yang terlibat dalam Mukim Hosba ini ialah SMK Hosba (sekolah menengah harian berasrama), SK Hosba, SMK Megat Dewa (sekolah menengah harian berasrama) dan SK Megat Dewa.
4. SK Kubang Palas (Mukim Padang Sanai) di Daerah Padang Terap.
5. Semua sekolah yang dinyatakan diarahkan tutup berkuatkuasa serta merta mulai 2 Ogos 2020 sehingga 29 Ogos 2020 (28 hari). Tarikh ini melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari lagi tempoh pemerhatian.
6. MKN Kedah juga membuat keputusan pelaksanaan TEMCO di kawasan yang telah dikenalpasti menetapkan had pergerakan keluar masuk. Oleh itu:
a) Guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali.
b) Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.
c) Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan
d) Pengecualian hanya bagi ‘essential services‘.
*tertakluk kepada perubahan yang diputuskan di peringkat pusat
Pejabat Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Sumber : Editor Malaysia



Kluster Sivagangga: 5 sekolah di Kedah ditutup serta merta


ALOR SETAR: Lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah yang dikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga diarah tutup bermula hari ini sehingga 29 Ogos depan.
Tindakan itu diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.


Kerajaan negeri, dalam kenyataan hari ini, berkata sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.
"Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang merangkumi 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian," menurut kenyataan kerajaan negeri itu.
Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.
Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).
"Ia meliputi kawalan pergerakan orang awam dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terbabit," katanya.
"Oleh itu, kesemua guru yang tinggal di kawasan TEMCO sama sekali tidak dibenarkan untuk hadir bertugas manakala guru yang tinggal di luar kawasan berkenaan tidak dibenarkan untuk ke sekolah yang berada berhampiran kawasan TEMCO.
"Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan berkenaan dibenarkan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Sumber : BH Online


Post a comment

0 Comments