Pages

Ogos 30, 2020

Telefilem Tuan Petri Saadong lakonan Oktovia Manrose, Pekin Ibrahim

TELEFILEM TUAN PETRI SAADONG Mengisahkan Kisah dan Perjalanan Tuan Petri Saadong telah menyerahkan diri kepada Raja Narai, Raja Siam demi kepentingan rakyat. Berikutan penangkapan Tuan Petri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Tuan Petri Saadong. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mulai tidak keruan mengenangkan nasib dirinya.

Dua pelakon kelahiran Kelantan, Pekin Ibrahim dan Oktovia Manrose dipilih sebagai watak utama dalam telefilem Tuan Petri Saadong arahan arwah Raja Ahmad Alauddin. - Foto Datuk Seri Shah Rezza

Telefilem khas hari kemerdekaan bertajuk 'Tuan Petri Saadong' sebuah cerita epik sejarah rakyat Kelantan. Disiarkan pada Sabtu & Ahad ini (29 & 30 September 2020) pukul 9 malam di Astro Citra.

Telefilem Tuan Petri Saadong diterajui Oktovia Manrose sebagai Tuan Petri Saadong dan Pekin Ibrahim sebagai Raja Abdullah. Antara pelakon lain yang terbabit termasuklah Sasqia Dahuri (Cik Siti Wan Kembang), Mustapha Kamal (Raja Loyor), Shatira Amanda (Nan Cayang), Datuk TS Jeffrey (Raja Siam), Afiq Muiz (Raja Abdul Rahim), Zarul Umbrella (Sang Raja Sakti), Fizo Omar (Raja Ahmad), Bea Rameshan (Melur) dan ramai lagi.

1 comments:

Ciktie berkata...

Allahhh kita tak boleh nak tengok pula cerita ni

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!