Pages

Pengakuan

Ogos 13, 2020

Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik

Tersentak tapi bermakna..😭
.
● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.
.
Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara-maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku.
.
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
.
● Ingatlah.. di sana tiada abang, kakak, adik.
.
● Hanya kau dan amalmu.
.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.
.
Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar
.
● Buat baik dengan orang tidak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.
.
● Hormat orang tidak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
.
● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik di sisi ALLAH pemilik semua yang baik

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!