Seperti Mati Lampu Ya Sayang

 Seperti Mati Lampu Ya Sayang


Janganlah kau tanyakan besarnya cintaku
Ku persembahkan untukmu, hanya kepadamu
Oh dan janganlah kau ragukan luasnya cintaku
Yang putih tulus untukmu, hanya kepadamu
Luasnya laut tak seluas cinta yang ku punya
Tak sedalam cinta yang ku rasa, cintaku satu untukmu
Tingginya langit tak setinggi kasih yang ku punya
Tak setinggi kasih yang ku rasa, cintaku satu untukmu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu
Janganlah, kau tanyakan besarnya cintaku
Ku persembahkan untukmu, hanya kepadamu
Luasnya laut tak seluas cinta yang ku punya
Tak sedalam cinta yang ku rasa, cintaku satu untukmu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang, bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang, bagai malam tiada berlalu
(Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
(Cintaku tanpamu ya sayang bagai malam tiada berlalu)
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang, bagai malam tiada berlalu
Seperti mati lampu ya sayang, seperti mati lampu
Cintaku tanpamu ya sayang, bagai malam tiada berlalu

Simetri – Hazama & Amy Search

Simetri – Hazama & Amy Search

Sudah susah

Mahu yang mudah
Sudah mudah
Jangan bikin payah

Mahu senang
Kenal usaha
Tunggang langgang

Hendak bagaimana
Harap tuah
Sampai bila

Sudah puas cuba
Lupa lelah
Entah mana
Tercapai akhirnya

Chorus
Tibalah masa masa untuk ku saja
Dominasi setiap penjuru
Izinkan diriku cuba
Lengkapi rotasi waktuku
Benarkah masa ini hanya kau saja
Di rasa masaku ada lagi
Lihat gigih usaha
Di depan mata dan kita
Rupanya simetri

Salah langkah
Banyak versinya
Tanya saja
Jadikan iktibar

Buat malu
Tidak bertanya
Jika malu

Hendak bagaimana
Harap tuah
Sampai bila

Sudah puas cuba
Lupa lelah
Entah mana
Tercapai akhirnya

Ulang Chorus

Aku kini
Punya segala
Dan asalku
Tidakkan ku lupa

Jaga watak
Dan tingkah laku
Jika tidak
Tercapai akhirnya

Ulang Chorus 2X

iLIRILAGU

Word 286 : Aku menangis di tengah malam.

Word 286 : Aku menangis di tengah malam.


Aku menangis di tengah malam.

Tuhan berkata, Ini aku, tapi apa semua ini gambar yang memenuhi rumahmu?

Aku berkata, Mereka adalah cerminan dari-Mu, wajah yang indah.

Tuhan bertanya, Tetapi apakah gambaran ini penuh sakit?

Aku berkata, Aku tenggelam dalam kesedihan hidup, dan kutunjukkan pada-Nya jiwa penuh dengan luka.

Tuhan menawarkanku seutuas benang dan kerkata, Tapi yangan merosak talinya.

Aku meraihnya tetapi Dia memukul tanganku.

Aku bertanya, Mengapa melukaiku, O Tuhanku?

Tuhan berkata, Untuk mengingatkanmu bahawa mereka yang datang ke ruang murni Ku dengan bangga dan penuh ego akan diusir.

Lihatlah Tuhanmu dengan mata hatimu.

The Masked Singer Malaysia : Musang King Tersingkir Minggu 4

 The Masked Singer Malaysia : Musang King Tersingkir Minggu 4


Minggu keempat menyaksikan Rajah Brooke mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.

Manakala, Musang King yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Zain Ruffedge pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Situasi dendangan asal kumpulan Bunkface sekaligus tersingkir pada minggu keempat.

Kedudukan peserta minggu 4 :

#1 Rajah Brooke (Sumpah/Aina Abdul) : 96.00%

#2 Reno (Sedang Ingin Bercinta/Dewa 19) : 91.00%

#3 Ayam Jantan (Farhana/Jinbara) : 89.00%

#4 Enggang (Jampi/Hael Husaini) : 87.00%

#5. Wau (Kesal/Ella) : 87.00%

#6 Rafflesia (Sayang/Via Vallen) : 86.00%

#7 Orang Utan (Joget Angan Tak Sudah/Jay Jay) : 85.00%

#8 Bunga Raya (Perhaps/The Pussycat Dolls) : 80.0%

#9 Musang King (Situasi/Bunkface) : 67.00%

Sumber : Gempak

TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

 BERITA gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik seluruh negara akan terus menikmati diskaun bil antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Diskaun ini diberikan sebagai tanda sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat.

Pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt atau sehingga RM43.60.

Bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.

Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).

Selain itu, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Ia adalah pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web TNB atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my dan hubungi talian Careline 1-300-88-5454.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

Kredit : SinarPlus

Malaysia menduduki tangga ke-82 daripada 153 negara paling bahagia di dunia.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh World Happines Report pada bulan Mac 2020, Malaysia menduduki tangga ke-82 daripada 153 negara paling bahagia di dunia.

Finland berjaya menduduki tangga pertama sebagai negara paling bahagia. Diikuti dengan Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Belanda, Sweden, New Zealand, Austria dan Luxembourg. Sementara itu, Indonesia berada di tempat ke-84 dan Singapura berada di kedudukan ke-49.

Laporan tersebut merangkumkan data dari 2017 hingga 2019 dari 153 negara yang ditinjau.

Screenshot 2020-10-08 at 11.12.13 AM

Antara faktor-faktor yang membawa kepada kebahagian penduduk di sesuatu negara adalah jaringan layanan sosial yang baik, pemerintah yang jujur, kepercayaan sosial yang tinggi, persekitaraan yang aman dan kehidupan yang sihat.

Finland berada di tangga pertama disebabkan mereka berjaya menepati setiap faktor yang dikaji. Kes rasuah yang sangat rendah, pegawai polis yang jujur, duit cukai yang dilaburkan untuk jaminan sosial serta perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua penduduk Finland adalah antara faktor mengapa Finland menjadi negara paling bahagia di dunia.

Denmark pula dikatakan memiliki kerajaan yang stabil, angka korupsi yang rendah dan akses terhadap pendidikan dan kesihatan yang berkualiti. Denmark adalah antara negara dengan cukai yang tinggi, namun rakyat mereka tidak keberatan untuk membayar kerana mereka tahu duit itu dilaburkan ke mana.

Screenshot 2020-10-08 at 11.12.44 AM

Manakala Switzerland berada di kedudukan ke-3 sebagai negara paling bahagia. Diringkaskan dari laman web rasmi Kementerian Luar Negeri, Switzerland adalah negara terkurung yang paling makmur di Eropah.

Sebagai sebuah negara kecil dan dikelilingi oleh negara-negara Kesatuan Eropah, Switzerland berusaha memainkan peranan dan menunjukkan pengaruhnya di rantau ini. Dalam bidang ekonomi, kekuatannya terletak pada inovasi teknologi, perindustrian dan perbankan.

Untuk rekod, Malaysia pernah berada di tangga ke-35 sebagai negara paling bahagia dunia pada tahun 2018 sebelum turun ke tangga ke-80 pada tahun 2019. Pada tahun ini, Malaysia turun dua anak tangga berbanding tahun sebelum ini.

Sumber : Vocket

Tips Mendapatkan Tidur Nyenyak dan Berkualiti

Tips Mendapatkan Tidur Nyenyak dan Berkualiti

Bagi mereka yang yang hidup di bandar, salah satu kualiti time adalah waktu tidur.

Pernah tak anda berniat untuk tidur awal, tidur dengan lena tetapi sukar?Pusing ke kanan, pusing ke kiri. Mata tak boleh pejam. 

 Pernah?

Bermula dari kita bangun pagi hingga ke malam, kita habiskan banyak tenaga yang mungkin buat kita keletihan di malam hari. 

Tapi tiba waktu tidur, susah pula nak lelap.

Ini kerana minda kita masih terlalu sibuk dan aktif untuk tertidur.

Bagaimana nak tidur lena? 

Cuba empat kaedah ini:

1. Jauhi Gajet Sebelum Tidur

Selalu gunakan telefon atau gajet atas katil?

Semakin lama kita gunakan telefon di tempat tidur, semakin banyak kesan buruk gajet menganggu kualiti tidur kita. 

Kajian menunjukkan pendedahan cahaya biru (blue light atau short wavelength light; SWL) dari gajet boleh mengganggu tidur manusia, biological rhythms, dan kemampuan kita untuk memberi perhatian terhadap tugas pada keesokan harinya.

Hal ini kerana ia menghalang rembesan melatonin di dalam badan kita.

Ia seperti isyarat otak kepada tubuh kita "waktu tidur" jadi terganggu atau lambat menyebabkan gangguan tidur.

Jika kita terdedah kepada blue light untuk waktu yang lama, tidur akan terganggu, sekejap-sekejap terjaga di malam hari dalam 6-7 kali, menyebabkan keletihan dan menganggu mood di siang hari.

Untuk mengelakkan kesan blue light dari gajet, langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah elak daripada melihat skrin gajet pada waktu malam.

Tukar aktiviti kepada membaca buku atau mendengar muzik perlahan

dan kurangkan bergantung pada gajet

Rasa sukar? Cuba tetapkan alarm untuk tutup gajet. 

Contohnya matikan gajet secara auto, 90 minit sebelum tidur. 

Kalau tidak ada kawalan diri, belum cukup 90 minit buka balik telefon tu, cuba jangan bawa gajet ke bilik tidur.

Kalau mahu tidur nyenyak, cari jalan untuk jauhkan gajet sebelum tidur.


2. Bina Persekitaran Tidur Yang Selesa

Pernah tak setiap kali tidur di hotel atau menginap di rumah baru, 

sukar untuk tidur seperti di rumah sendiri atau tempat lama?

Ini bukan perkara yang ganjil dan memang ramai yang hadapi masalah yang sama.

Tinggal di tempat yang sama memudahkan kita untuk tidur dan berehat. 

Sekiranya persekitaran tidur kita "tepat" dengan kita, tidak sukar untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Cahaya

Mata kita, ada kebolehan membezakan intensiti cahaya pada siang dan malam, 

Mata kita akan berkomunikasi dengan otak untuk menentukan sama ada waktu malam, badan perlu tidur.

Cahaya terang adalah isyarat waktu siang, sementara cahaya redup dan malap mengingat kan tubuh & otak bahawa sudah waktunya untuk tidur.

Kalau nak tidur yang berkualiti, siapkan tempat tidur yang selesa dengan kadar cahaya yang malap dalam bilik.

Katil

Selain daripada cahaya, katil atau tilam juga antara perkara penting yang perlu dititikberatkan.

Ini kerana sepanjang malam kita berbaring diatas katil ketika tidur,

Percayalah, tempat tidur yang bersih dan selesa itulah yang menjadi asas tidur berkualiti.

Tilam, selimut, dan bantal, pilih dengan teliti bahan-bahan yang sesuai untuk memastikan tidur kita lena. 

White Noise

Perasan tak setiap kali hujan di luar, kita akan kata "uish dapat tidur ni best". Atau hujan pada waktu malam, kita boleh tidur lebih lena?

Pernah alami benda ini?

Sistem pendengaran kita ibarat penjaga badan kita. Walaupun sedang tidur, ia tetap bertindak balas terhadap suara di luar.

Bunyi hujan yang berterusan ibarat magik. 

Ini kerana bunyi hujan buat semua suara lain memudar. Dengan suasana yang gelap, otak sampaikan maklumat untuk beransur-ansur tenang dan santai.

Mereka yang mengalami insomnia juga boleh tertidur dengan cepat.

Kebanyakan bunyi alam kita panggil sebagai white noise

seperti bunyi hujan dan bunyi ombak. 

Bunyian ini menenangkan dan berirama

Dapat membantu menyekat bunyi lain, yang boleh mengganggu tidur kita.

Bau Aromatherpy


Kalau boleh, hidupkan bau-bauan aromatherapy, khususnya lavender. Bau aromatheraphy sangat menenangkan.

Contoh yang lain, linalyl asetat dan linalool yang terdapat di dalam minyak lavender semulajadi dapat menenangkan sistem saraf dan mengurang kan epinefrin (hormon adrenaline). Oleh itu, ia dapat membantu emosi kita dan mengurangkan tekanan.

3. Tarik Nafas Dalam-Dalam dan Bertenang

3. Tarik Nafas Dalam-Dalam dan Bertenang

Kebiasaannya tiba saja di rumah, satu-satunya benda kita mahu lakukan adalah rehat setelah seharian bekerja. 

Tapi, kebanyakan daripada kita, minda kita terperangkap dengan perkara-perkara yang berlaku pada siang hari atau bimbang dengan hari esok.

Orang putih sebut overthinking. Biasa terjadi ketika kita berbaring di tempat tidur. 

Nak rehat pun terbantut. 

Stress dan keletihan tak hilang walaupun tidur sebab overthinking ni. 

Luangkan masa sepenuhnya untuk berehat. 

Cuba lepaskan semua beban dan stres di dalam badan dan nikmati ketenangan sepenuhnya di sekeliling anda. 

Tumpukan perhatian pada pernafasan anda. 

Tarik nafas dalam-dalam dan gunakan kaedah bernafas 4-7-8 untuk bertenang.

Apa kaedah 4-7-8 itu?

Inilah caranya:

  1. Buka sedikit bibir. Hembusan nafas perlu keluar sepenuhnya melalui mulut.

  2. Tutup mulut. Tarik nafas dengan hidung sambil kira 1-4 di dalam kepala, aktiviti ini beri kita lebih banyak oksigen.

  3. Tahan nafas selama 7 saat, biarkan oksigen masuk sepenuhnya ke dalam badan.

  4. Hembus nafas perlahan-lahan sambil hitung 1 hingga 8. Aktiviti ini dapat lepaskan sepenuhnya karbon dioksida di dalam badan dan mengurang kan tahap sympathetic nerve excitement. Mengurangkan risiko darah tinggi. 

Kaedah bernafas 4-7-8 ini direka oleh Dr. Andrew Weil dari Universiti Harvard. 

Kita ‘memaksa’ minda dan tubuh kita untuk fokus mengatur nafas, overthinking juga hilang.

Tubuh berada dalam keadaan relaks untuk tidur.

Dengan kaedah pernafasan 4-7-8 ini, kita dapat sesuaikan badan dengan tempat tidur.

Fokus tertumpu dengan apa sahaja yang dapat kita lihat atau bau di dalam bilik.

Apabila anda menikmati setiap masa untuk relaks ini, kita akan mudah tertidur. 

4. Terima Kenyataan Bahawa Anda Ada Masalah Untuk Tidur

Salah satu sebab ramai orang mengalami masalah tidur disebabkan kebimbangan (insomnia) itu sendiri.

Berbaring di atas katil, asyik periksa jam dengan kerap dan mengira berapa lama durasi tidur sebelum masuk subuh atau pagi. Kita mungkin sudah jemu cuba macam-macam cara nak paksa diri untuk tidur. 

Kita bimbang, gelisah sebab insomnia itu sendiri dan tanpa sedar inilah sebab utama kita tidak boleh tidur.

Apa yang perlu kita lakukan adalah:

lepaskan semua overthinking. Tidak perlu fikir kenapa anda alami semua ini.

Selain empat cara untuk tidur nyenyak yang saya sebutkan tadi, berikut adalah senarai 10 perkara yang boleh kita cuba.

Langkah demi langkah untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

  1. Kawal jumlah kafein yang anda ambil 6 jam sebelum tidur

  2. Mandi dan pastikan keselesaan tempat tidur untuk lepaskan stress dalam badan.

  3. Baca buku dengan perlahan untuk tenangkan fikiran

  4. Dengarkan melodi/zikir yang menenangkan, hati kita akan jadi semakin tenang.

  5. Kecilkan lampu bilik untuk wujudkan persekitaran yang tenang.

  6. Letakkan alat elektronik anda di samping dan bayangkan perkara-perkara yang menyenangkan.

  7. Regangkan badan dengan perlahan 

  8. Kunci jam dengan muzik lembut untuk pagi yang hebat

  9. Tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan hembus

  10. Tutup mata dengan perlahan dan insha Allah anda boleh tidur lena

Jangan paksa diri untuk tidur. Apa sahaja perasaan yang timbul semasa tidur, fokus dengan teliti. Secara beransur-ansur, kita akan tidur nyenyak.

Tidak jadi masalah jika rutin harian kita sibuk dan memenatkan.

Setiap malam ketika kita lepaskan semua keletihan dan baring dengan selesa di atas katil, jadikan ia saat yang paling menyenangkan dan menggembirakan.

Sumber : Neuroversiti

Wadah Terkini