Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh World Happines Report pada bulan Mac 2020, Malaysia menduduki tangga ke-82 daripada 153 negara paling bahagia di dunia.
Finland berjaya menduduki tangga pertama sebagai negara paling bahagia. Diikuti dengan Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Belanda, Sweden, New Zealand, Austria dan Luxembourg. Sementara itu, Indonesia berada di tempat ke-84 dan Singapura berada di kedudukan ke-49.
Laporan tersebut merangkumkan data dari 2017 hingga 2019 dari 153 negara yang ditinjau.
Antara faktor-faktor yang membawa kepada kebahagian penduduk di sesuatu negara adalah jaringan layanan sosial yang baik, pemerintah yang jujur, kepercayaan sosial yang tinggi, persekitaraan yang aman dan kehidupan yang sihat.
Finland berada di tangga pertama disebabkan mereka berjaya menepati setiap faktor yang dikaji. Kes rasuah yang sangat rendah, pegawai polis yang jujur, duit cukai yang dilaburkan untuk jaminan sosial serta perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua penduduk Finland adalah antara faktor mengapa Finland menjadi negara paling bahagia di dunia.
Denmark pula dikatakan memiliki kerajaan yang stabil, angka korupsi yang rendah dan akses terhadap pendidikan dan kesihatan yang berkualiti. Denmark adalah antara negara dengan cukai yang tinggi, namun rakyat mereka tidak keberatan untuk membayar kerana mereka tahu duit itu dilaburkan ke mana.
Manakala Switzerland berada di kedudukan ke-3 sebagai negara paling bahagia. Diringkaskan dari laman web rasmi Kementerian Luar Negeri, Switzerland adalah negara terkurung yang paling makmur di Eropah.
Sebagai sebuah negara kecil dan dikelilingi oleh negara-negara Kesatuan Eropah, Switzerland berusaha memainkan peranan dan menunjukkan pengaruhnya di rantau ini. Dalam bidang ekonomi, kekuatannya terletak pada inovasi teknologi, perindustrian dan perbankan.
Untuk rekod, Malaysia pernah berada di tangga ke-35 sebagai negara paling bahagia dunia pada tahun 2018 sebelum turun ke tangga ke-80 pada tahun 2019. Pada tahun ini, Malaysia turun dua anak tangga berbanding tahun sebelum ini.
Sumber : Vocket
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!