Seringkali disajikan dengan kisah-kisah klise drama Melayu, kehadiran Youtuber Syahmi Sazli ternyata berjaya merubah minat penonton terhadap sesuatu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.
Memperkenalkan satu persatu watak yang mempunyai keistimewaan masing-masing, kini bermula dari Youtube, Syahmi bakal hadir dengan sebuah filem dengan tajuk Mael Totey The Movie.
Jika anda ingin tahu, selain Syahmi, ada beberapa lagi barisan Youtuber yang turut hadir dengan drama mereka sendiri dan seringkali jika drama tersebut dapat perhatian, akan ada komen-komen yang berharap karya tersebut dijadikan dalam bentuk filem pula.
Inilah apa yang terjadi pada siri Mael Totey. Namun belum pun filem ditayangkan, Syahmi terkesan dengan sikap segelintir netizen bertindak biadap dengan menghina barisan pelakon dan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang fitnah setelah trailer filem tersebut dilancarkan.
“Baru-baru ini saya ada terbaca beberapa komen yang menghina pelakon-pelakon filem Mael Totey dengan mengatakan mereka pelakon cacat dan pelbagai kata nista lain”
“Jadi saya pertahankan mereka dan meminta netizen tidak sewenangnya mengeluarkan kata-kata kejian yang boleh mengundang fitnah. Kemudian mereka kata saya pula yang tak boleh menerima kritikan”
“Saya tak kisah mereka nak kritik filem saya, tetapi jangan sampai mengeluarkan kata kesat terhadap pelakon saya, mengeluarkan ayat yang boleh jatuh fitnah,” jelasnya kepada portal Sinarplus.
Usaha Syahmi membawa empat insan istimewa (Asif, Yoe, Yatin & Bedul) ini di dalam filem Mael Totey sememangnya dinantikan peminat dan pengikut tegar mereka di Youtube.
Entah di mana silapnya, masyarakat kita terlalu cepat menilai malah lebih berani mempersendakan mereka yang kurang upaya.
Sumber : Gulapop
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!