Oktober 23, 2020

Jangan pandang rendah pada si penjual susu.

 Jangan pandang rendah pada si penjual susu. Sam Walton meninggal dunia 28 tahun yang lalu. Kekayaan pemilik Wal-Mart ini dianggarkan melebihi RM104 bilion dengan 8,000 gudang di 15 buah negara pada waktu itu. Super kaya. Jualan di Wal-Mart mencecah RM364 juta sehari. Semua ini bermula daripada seorang pemerah dan penjual susu lembu.

1. Usahawan biasa mengikut arus. Usahawan luar biasa melawan arus. Sam Walton buat peraturan sendiri. Dia melawan teori dan menjenguk realiti. Dia mencari segmen pelanggan dulu. Waktu itu, supermarket di bina di kota-kota, tetapi Sam Walton membinanya di desa-desa. Dia berjaya mengambil hati orang susah dan sederhana. Yang miskin dan susah jauh lebih ramai daripada yang kaya dan mewah.
2. Dia selesaikan masalah kelompok yang ramai terlebih dahulu, kemudian baru beralih kepada yang kurang ramai. Orang desa mahukan penyelesaian, orang kota mahukan keistimewaan. Same Walton dapat menghidu realiti ini. Sebab itu slogan iklannya berbunyi, "Kami menyelamatkan wang orang, agar mereka dapat hidup lebih baik." Dia mengurangkan margin keuntungan untuk menyelesaikan masalah orang yang kurang berkemampuan.
3. Di Wal-Mart, Sam Walton mewajibkan para pengurusnya memakai lencana yang tertulis "We Care About Our People." Dia yakin, sama ada plan strategi, bisnes model atau apa-apa sahaja perancangan semuanya bermula dengan ‘people’. Jaga komunikasi dan engagement dengan staf dan pelanggan, maka urusan bisnes akan berjalan lancar.
4. Walton menyebut mereka sebagai rakan, bukan pekerja. Dia mendengar apa-apa yang mereka katakan. Beliau berkata, "Kuncinya ialah keluar masuk kedai dan mendengar apa-apa yang diperkatakan oleh mereka." Beliau mahu tahu realiti dan isi hati pekerjanya.
5. Sekali lagi, Walton menitik beratkan soal komunikasi dan bukan plan strategi! Dia gembira mendengar pandangan orang bawahan, katanya, "Penting sekali bagi setiap orang untuk melibatkan diri. Idea-idea kami yang
terbaik
datang daripada kerani dan orang-orang di gudang."
Posted by Shamsudin Zakaria on Friday, October 2, 2020

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!