The Masked Singer Malaysia: Ayam Jantan Tersingkir di Minggu Ke-5






 The Masked Singer Malaysia: Ayam Jantan Tersingkir di Minggu Ke-5

Minggu  kelimamenyaksikan Rajah Brooke sekali lagi mengungguli tempat pertama dengan dendangan lagu Romancinta nyanyian asal Mojo.


Manakala, Ayam Jantan yang dipakai oleh pelakon Hairul Azreen pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Cinta Dewa Dewi dendangan asal kumpulan Spider sekaligus tersingkir.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima daripada para juri:

#1 Rajah Brooke (Romancinta/Mojo) : 95%

#2 Enggang (Drama/Drama Band) : 93%

#3 Rafflesia (Makhluk Tuhan Paling Seksi/Mulan Jameela) : 88%

#4 Bunga Raya (Lagu Untukmu/Meet Uncle Hussein) :  85%

#5 Orang Utan (Potret/Akim & The Majistret) : 79%

#6 Wau (Nirmala/Datuk Seri Siti Nurhaliza) :  79%

#7 Reno (Budi Setahun Segunung Intan/Ahmad Jais) : 77%

#8 Ayam Jantan (Cinta Dewa Dewi/Spider) : 72%


Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Pelakon Janna Nick pula dijemput untuk menjadi juri jemputan bagi menggantikan Ella yang tidak dapat hadir pada minggu kelima.

Sumber : Gempak

2 Comments

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

  1. dari konsert 2 saya dah agak dia hairul, betul rupanya hehehe

    ReplyDelete
  2. pertama kali dengar pasal rancangan ni. dekat astro ke? unik la, kiranya menyanyi dengan bertopeng macam tu? mesti mencabar kan..

    ReplyDelete
Post a comment
Previous Post Next Post