Lenyap - Usop

Lenyap - Usop

Andai ku bisa memahami

Sudah semuanya berakhir

Teruskan melangkah

atau mungkin berserah

Oh sakit sakit sakit untuk ku lupa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Verse 2 :

Kini sendiri ku harungi

Separuh nyawaku telah pergi

Teruskan melangkah 

atau mungkin berserah

Oh sakit sakit sakit untuk ku lupa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Bridge :

Cukup cukup lah sudah

Cukup cukup lah bagi ku

Walau tak sempurna

Masih ku bernyawa

Chorus :

Dan musnah sudah semua

Tak mungkin dapat ku ulang

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku

Segala apa di antara kisah cinta kita

Telah lenyap bagiku



Tuah berganda Azzam Sham Menang Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam (EDMA2020)

Tuah berganda Azzam Sham Menang Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam (EDMA2020)





Jika tahun lalu penyanyi Azzam Sham, 24, melakar kejayaan indah dalam kerjaya seninya apabila dinobatkan juara Big Stage 2020, kini dia sekali lagi meraih kecemerlangan tidak diduganya.

Kelmarin, Azzam berjaya merangkul kemenangan berganda pada acara ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 menerusi dua kategori iaitu Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam.

Bersyukur dengan kemenangan itu, Azzam berkata, dia sendiri tidak meletakkan apa-apa sasaran dan harapan yang besar untuk menang. Katanya, calon lain yang bertanding juga tidak kurang hebat.

"Alhamdulillah, sebenarnya saya pun tak duga boleh menang dua anugerah ini kerana sedikit pun tidak meletakkan sebarang harapan termasuk sasaran untuk meraihnya.

"Syukur, semua ini adalah rezeki buat saya dan sentiasa yakin bahawa urusan rezeki takkan pernah salah alamat buat penerimanya. Allah sudah menentukan anugerah ini milik saya," katanya.

Menurut Azzam lagi, dia juga percaya tunjang utama pada kemenangan itu datang daripada sokongan peminat-peminatnya dikenali AzzamSham Troopers yang benar-benar sayang kepadanya.

"Saya juga anggap kelab peninat sebagai satu keluarga besar kerana mereka betul-betul memberi sokongan sepenuhnya terhadap kerjaya seni saya selama ini.

"Meskipun, saya pernah dilabel 'juara sendu selepas Big Stage', nampaknya sangkaan dibuat itu meleset. Kemenangan yang tak dijangka ini menjadi salah satu tanda yang saya masih dihargai oleh peminat," katanya.

Ujar Azzam, dia juga kagum dan terharu didampingi pasukan peminat yang cukup nampak kesungguhan mereka menghantar undian untuknya sehingga menang. Katanya, dia juga rapat dengan peminat melalui kumpulan Telegram yang diwujudkan dan mereka lebih saling mengenali.

Berbicara perancangan masa depan kerjayanya, Azzam berkata, dia meletak tekad mahu meraih lebih banyak lagi kejayaan yang hendak dicapai bersama pasukan peminatnya.

"Keluarga dan orang tersayang juga setakat ini terus memberi dorongan untuk saya mengejar impian dalam karier. Begitu juga, pihak pengurusan ada merangka untuk saya berduet bersama bintang Gegar Vaganza yang masih dalam pemilihan.

"Namun, memandangkan sekarang pun masih lagi krisis pandemik Covid-19 menular, maka berlaku kekangan pada banyak perancangan yang sudah dirangkakan itu.

"Insya-Allah, yang pasti saya akan keluar dengan lagu-lagu hasil ciptaan sendiri yang juga salah satu 'bucket list' ingin saya realisasikan pada tahun ini," katanya.

Selain itu, Azzam juga ada mendapat tawaran berlakon, antaranya karya Matilanak Pontianak yang akan bersambung untuik musim kedua. Kata Azzam, selagi mampu dia akan membuat yang terbaik untuk kariernya._ mymetro

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 6:20 AM

Drama Angkara Cinta Episod 66 - Episod 70 Slot Tiara Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali & Merqeen



Drama Angkara Cinta Episod 66 - Episod 70 Slot Tiara Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali & Merqeen telah disiarkan pada 02 November 2020 berjudul Angkara Cinta. Drama Angkara Cinta bersiar sebanyak 70 episod penuh. Gandingan Hun Haqeem, Wanna Ali & Merqeen. Drama Angkara Cinta  Adaptasi daripada Telenovela Filipina iaitu Tayong Dalawa. 

Ingatkan Drama Angkara Cinta ini tamat minggu akan datang. Rupanya tambah lagi 20 episod. Bermakna drama Angkara Cinta bersiar 90 episod penuh. _ DCA




BERBEZA KASTA - THOMAS ARYA

BERBEZA KASTA - THOMAS ARYA


Haruskah berakhir sampai di sini?

Cinta yang dulu kita bina
Kini telah layu di dalam hati
Sudahlah cukuplah sampai di sini
Percuma saja berkasih
Kita sudah tak sehaluan lagi
Perbezaan kasta yang jauh
Aku tahu siapalah diriku
Terlalu dalam jurang pemisah
Kasih sudah berakhir di sini saja
Di depan orang tuamu kau malukan diriku
Kau bandingkan aku dengan dirinya
Kau hina diriku kau sebut tentang harta
Kasih kusedar ku tiada berpunya
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walau terluka
Sudahlah cukuplah sampai di sini
Percuma saja berkasih
Kita sudah tak sehaluan lagi
Perbezaan kasta yang jauh
Aku tahu siapalah diriku
Terlalu dalam jurang pemisah
Kasih sudah berakhir di sini saja
Di depan orang tuamu kau malukan diriku
Kau bandingkan aku dengan dirinya
Kau hina diriku kau sebut tentang harta
Kasih kusedar ku tiada berpunya
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walau terluka
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walauate terluka




KWSP tambah baik kelulusan i-Sinar

 KWSP tambah baik kelulusan i-Sinar


MAKLUM BALAS

SAUDARA PENGARANG,

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merujuk aduan oleh Mohd. Zaki Ab. Latif bertajuk Kenapa wang caruman KWSP kami disekat?dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu.

Untuk makluman, situasi dihadapi oleh Mohd. Zaki agak unik, iaitu dia ialah seorang bekas penjawat awam yang kini tidak bekerja. Disebabkan sistem dalaman KWSP yang mengenal pastinya sebagai penjawat awam, dia yang sepatutnya diberi kelulusan automatik i-Sinar di bawah Kategori 1, tidak diluluskan untuk Kategori 1 malah diminta untuk memohon bersama dokumen sokongan di bawah Kategori 2.

KWSP berterima kasih kepada Utusan Malaysia dan Mohd. Zaki kerana melalui maklum balasnya, KWSP dapat menambah baik proses kelulusan i-Sinar.

Seperti yang disebut sebelum ini, KWSP tetap akan memberi pertimbangan khas kepada situasi dihadapi ahli yang memohon i-Sinar kerana kami maklum setiap situasi adalah unik dan berbeza.

Dalam kes Mohd. Zaki, permohonan i-Sinar sudah pun diluluskan dan dia juga telah dihubungi oleh KWSP untuk memberi penerangan lanjut. Pembayaran i-Sinar terhadapnya akan dikreditkan tidak lama lagi.

Sementara itu, pembayaran interim i-Sinar juga telah dikreditkan kepadanya pada 26 Januari lalu.

Sekiranya ahli KWSP memerlukan sebarang bantuan tentang i-Sinar, boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau hotline khas i-Sinar di talian 03-89224848 (8 pagi hingga 8 malam).

KWSP                                                                                                            Kuala Lumpur

Utusan


20 Filem Hollywood Akan Datang 2021 Mesti Tonton Di Pawagam

20 Filem Hollywood Akan Datang 2021 Mesti Tonton Di Pawagam

Filem Mesti Tonton di Panggung sepanjang tahun 2021. 2020 bakal melabuhkan tirainya menyaksikan banyak filem yang tertunda dan ditangguhkan tayangan di pawagam seluruh dunia gara-gara pandemik Covid-19. 



Walaubagaimanapun, terdapat beberapa buah filem Hollywood yang dijangka menunggu giliran bakal ditayangkan pada tahun 2021. Namun ia masih tertakluk kepada situasi semasa dan boleh berubah sekiranya wabak Covid-19 masih terus menular.

Jadi jom kita selongkar, senarai filem-filem Hollywood yang bakal ditayangkan sepanjang 2021 di pawagam namun tergantung pada situasi semasa.

1. Monster Hunter
28 Jan 2021



Berkisar sebuah permainan video bersiri tentang raksasa dan manusia yang memburu manusia. Apabila leftenan Artemis dan pasukan elitnya memasuki dimensi lain selepas jatuh ke portal, mereka perlu bekerjasama untuk mencari jalan pulang.

2. The King's Man
12 Feb 2021

  

Sebagai kumpulan tyrant dan dalang penjahat terburuk dalam sejarah yang berkumpul untuk merancang perang untuk menghapuskan berjuta-juta orang, seseorang mesti berlawan dengan masa untuk menghentikannya. 

3. Peter Rabbit 2: The Runaway
18 Feb 2021


Kesinambungan dari filem Peter rabbit terdahulu, walaupun peter dan arnab-arnab lain hidup bahagia bersama Bea & Thomas McGregor, Peter masih tidak dapat lari dari sifat nakalnya. Dia pun mengembara keluar taman dan telah menemui dunia baru di mana sisi nakalnya dihargai.

4. Cinderella
4 Mac 2021


Kisah dongeng klasik legenda ini diolah dalam versi moden dengan judul yang sama tentang seorang anak yatim yang miskin berhajat untuk bertemu putera raja. 
  
5. Tom & Jerry
5 Mac 2021


Tom dan Jerry bertemu dan menimbulkan persaingan di antara mereka sebelum tersesat di Chicago dan enggan memberikan kerjasama semasa perjalanan pulang yang sukar.

6. Raya and The Last Dragon
21 mac 2021



Dulu, dalam dunia fantasi Kumandra, manusia dan naga hidup bersama dalam keadaan harmoni. Tetapi ketika kekuatan jahat mengancam tanah, naga mengorbankan diri untuk menyelamatkan umat manusia. 
 
7. Morbius
18 Mac 2021



Seleksi baharu dalam siri superhero Marvel apabila menampilkan Morbius dalam cubaan untuk memulihkan penyakit darahnya sendiri, seorang ahli biokimia secara tidak sengaja menjadikan dirinya ada superpower luar biasa.

8. No Time to Die
Friday, April 2nd

 

Dalam No Time To Die, Bond telah meninggalkan perkhidmatan ejennya dan menjalani kehidupan tenang di Jamaica. Kedamaiannya tidak lama apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta pertolongan.

9. A Quiet Place Part II
20 March 2021

 

Berikutan kejadian mematikan di rumah, keluarga Abbott (Emily Blunt, Millicent Simmonds, Noah Jupe) kini harus menghadapi ketakutan dunia luar ketika mereka meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam. 
10. Black Widow
Friday, May 7th


11. Godzilla vs. Kong
Friday, May 21st  


Godzilla dan Kong bertemu dalam filem yang sama.

12.  Fast & Furious 9 - The Fast Saga
28 Mei 2021
 
Dom Toretto, Vin Diesel menjalani kehidupan yang tenang di luar grid bersama Letty dan anaknya, Brian, tetapi mereka tahu bahawa bahaya selalu bersembunyi di seberang cakrawala damai mereka. 

13. 
Venom : Let There Be Carnage
24 Jun 2021


Tom Hardy kembali sebagai wartawan yang bergabung dengan symbiote asing.

14. Minions - The Rise of Gru
2 Julai 2021



Di tengah-tengah tahun 1970-an, di tengah-tengah rambut berbulu dan seluar jeans yang berkobar, Gru tumbuh di pinggir bandar. Sebagai peminat kumpulan superwillain yang dikenali sebagai Vicious 6, Gru membuat rancangan untuk menjadi cukup jahat untuk bergabung dengan mereka.

15. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings
Friday, July 9th


Bakal menjadi filem ke-25 di Marvel Cinematic Universe, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings adalah filem pertama penampilan superhero bela diri Shang-Chi, yang pertama kali memulai debutnya pada tahun 1973
 
16. Space Jam: A New Legacy
Friday, July 16th



Sekuel kepada filem Space Jam animasi / aksi langsung dengan watak Looney Tunes dan pemain NBA LeBron James.

17. Don’t Breathe 2
12 Ogos 2021


Kesinambungan kisah pencuri yang mencuri rumah seorang bekas tentera yang buta dan merungkai misteri di dalam rumah tersebut.

18. The Suicide Squad
Friday, August 6th


19. 
Dune
1 Oktober 2021


Berdasarkan salah satu novel sci-fi yang paling terkenal sepanjang masa, Dune akan dibintangi oleh Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Zendaya, Oscar Isaac, dan ramai lagi. 


20. Eternals
5 November 2021


The Eternals bermula berjuta-juta tahun yang lalu ketika makhluk kosmik yang dikenali sebagai Celestial secara genetik bereksperimen pada manusia, mencipta makhluk yang sangat berkuasa dan hampir abadi dan off-shoot yang lebih mengerikan yang dikenali sebagai Deviants. 


p/s : Tarikh tayangan adalah tergantung pada keadaan dan situasi semasa dan mungkin boleh berubah

Kredit : Esquire

Drama Imamku Okey' bakal bersiaran di TV Okey



Drama bersiri 26 episod 'Imamku Okey' bakal bersiaran di TV Okey lakonan Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Ozlynn, Didie Alias, Hanna Aqeela dan ramai lagi.

DOA DAN SUNNAH KETIKA HUJAN

DOA DAN SUNNAH KETIKA HUJAN


Hujan adalah rahmat untuk kita sebagai makhluk di bumi ciptaan-Nya ini.

Selain bersyukur, rugi rasaya jika kita tidak mengamalkan sunnah yang berkait dengan hujan ini.

Jadi, jom kita amalkan! Moga bermanfaat untuk kita semua.

Doa ketika hujan turun

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika hujan semakin buruk

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Doa ketika Hujan Turun.

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara sunnah lain ketika hujan:

  • Merasai hujan

Anas menceritakan: “Kami bersama-sama Rasulullah pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah menyinsing pakaiannya sehingga hujan mengenanya.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa Tuan lakukan hal ini?’ Jawab Nabi: “Kerana hujan tadi mahkluk yang baru Allah ciptakan.” (Hadis Riwayat Muslim)

  • Tidak mengutuk hujan, angin dan seumpamanya

Ada seorang lelaki mencela angin, lalu Baginda mendidiknya: “Janganlah kamu mencela angin, sesungguhnya angin hanya menurut perintah-Nya. Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia tidak berhak terhadap celaan tersebut, laknat itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

  • Berdoa apabila mendengar guruh dan petir

Ibn Umar berkata bahawa apabila mendengar petir dan guruh, Nabi pun berdoa (yang bermaksud):

“Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah menghancurkan kami dengan azab-Mu, ampunkanlah kami sebelum itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

  • Mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat

Terdapat beberapa waktu dan tempat yang mustajab doa, antaranya ketika hujan. Diriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Dua doa yang tidak ditolak, semasa azan dan di bawah hujan.” (Hadis riwayat al-Hakim)

  • Memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan akibat angin, hujan dan seumpamanya

Apabila merasai tiupan angin, Nabi akan berdoa: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang ada padanya, serta kebaikan apa yang telah Engkau utuskan dengannya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang Engkau utuskan dengannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Untuk semuanya, berhati-hati semasa / di musim hujan. Moga perkongsian ini bermanfaat. Insya-Allah.

Sumber

Promo The Maid episod 4

Promo The Maid episod 4



The Maid disiarkan setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).

Nota Cinta – Yuzer Yazid

 

Mencari sebuah nota cinta
Yang telah lama terbiar
Antara ku dan dirimu sewaktu dahulu

Kenangan kita bersama 
Hanya untuk seketika
Jatuh rebahlah diriku bila mengenangnya


Menanti siang yang akan tiba

Renung dibalik di jendela
Burung-burung berkicauan
Tak seindah dulu


Menyaksi kita bersama
Saat suka atau duka

Kini tinggallah diriku harungi derita

Ke manalah nak ku bawa diri
Tiada siapa yang ambil peduli
Mencari gantimu takkan ku temui
Hanya tinggal sisa hidup
Untuk ku harungi


Ke manalah nak ku bawa diri

Tiada siapa yang ambil peduli
Mencari gantimu takkan ku temui
Hanya tinggal sisa hidup
Untuk ku harungi


Ku simpankan nota cinta ini

Cinta kita yang abadi
Walau perit tuk ku lupakan
Ia tak kembali

Nota Cinta – Yuzer Yazid 

Mengertilah dikau sayang
Setulus hatiku ini

Moga kitakan bersama disyurga nanti



Wadah Terkini