Januari 30, 2021

Tuah berganda Azzam Sham Menang Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam (EDMA2020)

Tuah berganda Azzam Sham Menang Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam (EDMA2020)





Jika tahun lalu penyanyi Azzam Sham, 24, melakar kejayaan indah dalam kerjaya seninya apabila dinobatkan juara Big Stage 2020, kini dia sekali lagi meraih kecemerlangan tidak diduganya.

Kelmarin, Azzam berjaya merangkul kemenangan berganda pada acara ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 menerusi dua kategori iaitu Artis Baru Baek dan Fans Paling Ngam.

Bersyukur dengan kemenangan itu, Azzam berkata, dia sendiri tidak meletakkan apa-apa sasaran dan harapan yang besar untuk menang. Katanya, calon lain yang bertanding juga tidak kurang hebat.

"Alhamdulillah, sebenarnya saya pun tak duga boleh menang dua anugerah ini kerana sedikit pun tidak meletakkan sebarang harapan termasuk sasaran untuk meraihnya.

"Syukur, semua ini adalah rezeki buat saya dan sentiasa yakin bahawa urusan rezeki takkan pernah salah alamat buat penerimanya. Allah sudah menentukan anugerah ini milik saya," katanya.

Menurut Azzam lagi, dia juga percaya tunjang utama pada kemenangan itu datang daripada sokongan peminat-peminatnya dikenali AzzamSham Troopers yang benar-benar sayang kepadanya.

"Saya juga anggap kelab peninat sebagai satu keluarga besar kerana mereka betul-betul memberi sokongan sepenuhnya terhadap kerjaya seni saya selama ini.

"Meskipun, saya pernah dilabel 'juara sendu selepas Big Stage', nampaknya sangkaan dibuat itu meleset. Kemenangan yang tak dijangka ini menjadi salah satu tanda yang saya masih dihargai oleh peminat," katanya.

Ujar Azzam, dia juga kagum dan terharu didampingi pasukan peminat yang cukup nampak kesungguhan mereka menghantar undian untuknya sehingga menang. Katanya, dia juga rapat dengan peminat melalui kumpulan Telegram yang diwujudkan dan mereka lebih saling mengenali.

Berbicara perancangan masa depan kerjayanya, Azzam berkata, dia meletak tekad mahu meraih lebih banyak lagi kejayaan yang hendak dicapai bersama pasukan peminatnya.

"Keluarga dan orang tersayang juga setakat ini terus memberi dorongan untuk saya mengejar impian dalam karier. Begitu juga, pihak pengurusan ada merangka untuk saya berduet bersama bintang Gegar Vaganza yang masih dalam pemilihan.

"Namun, memandangkan sekarang pun masih lagi krisis pandemik Covid-19 menular, maka berlaku kekangan pada banyak perancangan yang sudah dirangkakan itu.

"Insya-Allah, yang pasti saya akan keluar dengan lagu-lagu hasil ciptaan sendiri yang juga salah satu 'bucket list' ingin saya realisasikan pada tahun ini," katanya.

Selain itu, Azzam juga ada mendapat tawaran berlakon, antaranya karya Matilanak Pontianak yang akan bersambung untuik musim kedua. Kata Azzam, selagi mampu dia akan membuat yang terbaik untuk kariernya._ mymetro

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 6:20 AM

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!