Pages

Januari 22, 2021

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

 


    Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim 

    Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). 

    Biarpun tinggal bersama keluarga namun kehidupan gadis bernama Rahimah ini tidak seperti gadis-gadis lain. Kalau orang lain anak disayang dan dikasihi. Namun kehidupan Rahimah sengsara setelah lama. Akan tetapi Rahimah tetap bersabar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.
Rahimah selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang. 

Adli rakan selaku kawan karib Rahimah. Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). 

Pertemuan pertama Juahar dengan Rahimah tanpa sengaja membibitkan cinta di hati mereka. Dan Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah.

Setelah berkahwin Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar. 

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya.
 

Kehidupan Rahimah bahagia bersama Juahar. Namun kebahagiaan mulai pudar apabila suatu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH). 

 Disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. 

Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.

Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH). 

Sindrom MRKH adalah keadaan seorang wanita dilahirkan tanpa memiliki rahim dan saluran vagina serta tidak boleh hamil.

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Rahimah Tanpa Rahim mula ditayangkan 22 Januari 2021 jam 7.00 malam ini di TV3

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!