Pages

Januari 31, 2021

SINOPSIS KERANA KORONA



SINOPSIS KERANA KORONA

Mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian di mana Zati tidak bahagia bersama Razman. Meskipun suaminya sentiasa berada di rumah, namun mereka semakin menjauh.

Manakala, anak mereka Harun yang mempunyai cita-cita sebagai juru foto, namun impiannya dipandang rendah oleh Zati dan Razman. Bosan kerana melihat ibu bapanya sering bertengkar, Harun mula keluar secara sembunyi ketika PKP bersama Maya.

Manakala, adiknya Bob berusaha menyediakan aktiviti di rumah untuk Zati dan Razman agar mereka berbaik. Kisah kedua menyaksikan tentang seorang doktor bernama Janna yang berdepan dengan dilema tanggungjawab dan pendirian.

Manakala, kisah ketiga mengenai warga emas, Leman yang keras kepala dan abaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya Leila. Sementara itu, Leila hidup kesunyian dan tidak berhubung dengan anaknya, Razman.

Ditayangkan pada 21 Januari 2021 - 21 April 2021 di Astro First (saluran 480)

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!