Pages

Januari 20, 2021

Drama Kerana Hafsanya Setia lakonan Azrel Ismail, Mona Ellen



Drama Kerana Hafsanya Setia lakonan Azrel Ismail, Mona Ellen

Nantikan drama 26 episod siri adaptasi novel 'Lelaki Januari’ karya Hafizah Iszahanid di saluran RTM Januari nanti.

SINOPSIS NOVEL LELAKI JANUARI
Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan. berada dalam hati, utuh dalam memori. tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.

Segalanya seakan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.

Dua belas tahun kemudian.

Pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ Delaila melihat sebuah kebahagiaan. Namun, masa berubah, dunia berputar. masihkah Ali Syukri insan yang serupa?

Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!