KWSP tambah baik kelulusan i-Sinar
MAKLUM BALAS
SAUDARA PENGARANG,
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merujuk aduan oleh Mohd. Zaki Ab. Latif bertajuk Kenapa wang caruman KWSP kami disekat?dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 23 Januari lalu.
Untuk makluman, situasi dihadapi oleh Mohd. Zaki agak unik, iaitu dia ialah seorang bekas penjawat awam yang kini tidak bekerja. Disebabkan sistem dalaman KWSP yang mengenal pastinya sebagai penjawat awam, dia yang sepatutnya diberi kelulusan automatik i-Sinar di bawah Kategori 1, tidak diluluskan untuk Kategori 1 malah diminta untuk memohon bersama dokumen sokongan di bawah Kategori 2.
KWSP berterima kasih kepada Utusan Malaysia dan Mohd. Zaki kerana melalui maklum balasnya, KWSP dapat menambah baik proses kelulusan i-Sinar.
Seperti yang disebut sebelum ini, KWSP tetap akan memberi pertimbangan khas kepada situasi dihadapi ahli yang memohon i-Sinar kerana kami maklum setiap situasi adalah unik dan berbeza.
Dalam kes Mohd. Zaki, permohonan i-Sinar sudah pun diluluskan dan dia juga telah dihubungi oleh KWSP untuk memberi penerangan lanjut. Pembayaran i-Sinar terhadapnya akan dikreditkan tidak lama lagi.
Sementara itu, pembayaran interim i-Sinar juga telah dikreditkan kepadanya pada 26 Januari lalu.
Sekiranya ahli KWSP memerlukan sebarang bantuan tentang i-Sinar, boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau hotline khas i-Sinar di talian 03-89224848 (8 pagi hingga 8 malam).
KWSP Kuala Lumpur
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!